PUTRAJAYA:Cadangan membenarkan syarikat-syarikat besar membiayai kos penghantaran pulang pendatang tanpa izin yang berada di depot tahanan imigresen (DTI) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sebagai timbal balas, syarikat itu akan diberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu selepas melalui tapisan ketat mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Beliau berkata cadangan itu dipertimbangkan kerajaan bagi membantu pemain industri mendapatkan kuota penggajian pekerja asing dengan lebih pantas.
"Katakan ada 20,000 (pekerja asing) di dalam depot, hanya kira-kira 15 peratus yang tenaganya boleh digunakan, manakala yang lain ada masalah-masalah yang kita tak benarkan (mereka) bekerja semula, dan golongan ini perlu dihantar balik.
"Jika syarikat besar mahu mengambil mereka (pekerja asing) dengan lebih cepat, mereka boleh mengambil pekerja itu, hantar mereka kembali (ke negara asal) dan kita benarkan penggantian pekerja satu nisbah satu," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mengenai pengurusan pekerja asing, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan kajian semula dasar penggajian ekspatriat dengan kerjasama strategik TalentCorp dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).
Katanya kali terakhir kajian dibuat terhadap dasar itu ialah pada 20 Dis 2016, dan kini ia memerlukan penambahbaikan, dengan memastikan wujudnya keseimbangan dalam memenuhi keperluan sumber manusia yang mengutamakan tenaga kerja tempatan, terutamanya selepas pandemik COVID-19.
"Dulu kita ada ekspatriat peringkat satu, dua dan tiga. Kumpulan tiga contohnya bergaji RM3,000, saya rasa tidak adil untuk rakyat Malaysia memanggil mereka ekspatriat," katanya.
Menurut Hamzah, mesyuarat juga bersetuju supaya penggajian pekerja asing bagi jawatan tukang emas dipertimbangkan semula di bawah Pas Lawatan Ikhtisas atau Professional Visit Pass (PVP) yang bertujuan melatih tukang emas tempatan.
"Perkhidmatan tukang emas warga asing ini tidak lagi diperlukan setelah jumlah tukang emas tempatan mencukupi untuk memenuhi keperluan industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Hamzah berkata cadangan itu dipertimbangkan kerajaan bagi membantu pemain industri mendapatkan kuota penggajian pekerja asing dengan lebih pantas. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Rundingan nuklear Iran catat perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

Polis nafi suspek berkaitan penemuan mayat ditangkap
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata setakat petang semalam tiada sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut dilakukan.

Yusuf Al-Qaradawi positif COVID-19
Bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima penjagaan yang sewajarnya.

UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19
Penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce COVID-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.

Dua kluster dikesan di Sabah libatkan tempat kerja - Masidi
Kluster-kluster itu dikenali sebagai Kluster Bukit Quoin dan Kluster Jalan Damai, di daerah Tawau.

Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

'Chakrir Khoj': Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tidak berunding dengan KSM - Saravanan
Saravanan berkata, tidak wajar bagi mereka melancarkan portal pekerjaan kerana ia bukan peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh perwakilan diplomatik asing di negara ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

KSM dan KDN di peringkat akhir perhalusi 'e-wages'
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam peringkat akhir memperhalusi sistem 'e-wages'.

Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

KDN lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional ganti myIMMs
Hamzah berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan.

KDN akan siasat ketulenan rakaman audio - Hamzah Zainuddin
Siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya.

Rakyat Korea Utara masih berada di Malaysia ialah peserta MM2H - KPN
Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu.

PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.

2 lokap tahanan PATI di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok
Ia melibatkan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar.