awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang dedah laporan jawatankuasa khas royalti minyak - Muhyiddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/09/2014
09:16 MYT
Kerajaan cadang dedah laporan jawatankuasa khas royalti minyak - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Kerajaan cadang dedah laporan jawatankuasa khas royalti minyak.
Kerajaan bercadang untuk mendedahkan dokumen laporan jawatankuasa khas mengenai royalti minyak Kelantan untuk diperjelaskan kepada rakyat negeri berkenaan perkara sebenar berhubung isu tuntutan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagaimanapun mesti mendapat persetujuan terlebih dulu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
Katanya, perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.
"Kemungkinan dokumen yang menyentuh mengenai hasil penyelidikan jawatan kuasa khas itu yang diketuai Bekas Ketua Hakim Negara termasuk Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah siap dan dibentangkan kepada jemaah menteri.
"Di dalam itu terkandung, Kerajaan Persekutuan adalah betul kerana tidak terdapat hasil minyak dalam lingkungan tiga batu dan bagi saya keputusan itu jelas," katanya pada sidang media selepas mengunjungi bilik gerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di Telaga Bata pada petang Ahad.
Ujarnya, jawatankuasa khas mengkaji hasil petroleum yang ditubuhkan tahun lepas bertujuan untuk mengkaji secara terperinci sama ada Kelantan layak atau tidak menerima royalti seperti dituntut selama ini.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed sementara Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Tuanku Ismail Petra.
Topic Berkaitan
#BN
#jawatan
#Kelantan
#minyak
#Muhyiddin
#pemuda
#perdana
#royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan