Kerajaan dibenar rayu keputusan berhubung Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Kerajaan berjaya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" dalam Seksyen 233 AKM 1998 tidak berperlembagaan dan tidak sah. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini berjaya memperoleh kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa perkataan "menghina" serta "menjengkelkan" dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Ringkasan AI
- Kerajaan berjaya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" dalam Seksyen 233 AKM 1998 tidak berperlembagaan dan tidak sah.
- Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan selepas membenarkan soalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan berkaitan pendekatan interpretatif undang-undang di UK dan Eropah serta matlamat Seksyen 233 AKM.
- Soalan dibenarkan termasuk sama ada perkataan tersebut bertujuan menghalang penyalahgunaan rangkaian komunikasi elektronik awam dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan bakal mendengar rayuan substantif pada tarikh akan ditetapkan.
"Kami secara sebulat suara membenarkan Soalan 3 dan Soalan 4 dalam usul tersebut, kami juga akan mengemukakan satu lagi persoalan undang-undang iaitu apakah kesan Perkara 4(2) Perlembagaan Persekutuan dalam keadaan kes ini," kata Abu Bakar.
Dua soalan yang dibenarkan oleh mahkamah adalah berkaitan pendekatan interpretatif terhadap undang-undang serupa di United Kingdom dan Eropah bagi Seksyen 233 AKM serta Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Satu lagi soalan ialah sama ada matlamat Seksyen 233, termasuk perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" adalah untuk menghalang penyalahgunaan rangkaian komunikasi elektronik awam dan melindungi piawaian asas masyarakat, serta sama ada ia selaras dengan kepentingan awam dan moral di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan substantif pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah.
Panel itu turut membenarkan permohonan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Rayuan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Kami membenarkan permohonan ini berdasarkan jaminan pemohon bahawa mereka tidak akan meneruskan sebarang pendakwaan kes yang berkaitan dengan usul tersebut," kata Abu Bakar.
Pada 19 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara telah memutuskan bahawa perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" dalam Seksyen 233 adalah tidak berperlembagaan.
Bagaimanapun, panel itu memutuskan bahawa keputusan tersebut hanya mempunyai kesan prospektif dan tidak membabitkan kes-kes lampau.
Mahkamah terbabit membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan aktivis Heidy Quah Gaik Li, yang memfailkan saman bagi membatalkan sebahagian daripada peruntukan dalam Seksyen 233.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


