awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa pastikan pelaksanaan inisiatif diumum dalam Belanjawan 2025 cekap, telus

Bernama
Bernama
22/10/2024
00:30 MYT
Kerajaan digesa pastikan pelaksanaan inisiatif diumum dalam Belanjawan 2025 cekap, telus
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah Belanjawan 2025 adalah cekap dan telus, memandangkan ia memerlukan usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Presidennya, Datuk Seri N. Gobalakrishnan berkata, sebagai badan utama komuniti perniagaan Malaysia, NCCIM percaya belanjawan ini menetapkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menangani cabaran utama yang dihadapi negara.
"Meskipun kami optimis terhadap potensi belanjawan, kepentingan pelaksanaan yang cekap dan telus perlu diberi penekanan," katanya dalam sidang media mengenai Belanjawan 2025, di sini pada Isnin.
Gobalakrishnan turut mencadangkan agar peruntukan RM86 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disegerakan bagi membantu merangsang penggunaan domestik.
"Melihat kepada prestasi ringgit yang kukuh, peningkatan eksport dan kemasukan pelaburan langsung asing, kami percaya peruntukan ini harus disalurkan kepada industri secepat mungkin.
"Berbanding menunggu hingga bulan ke-10, ia seharusnya dikeluarkan pada suku pertama tahun berkenaan supaya kita dapat melihat kemajuan lebih awal," katanya.
Beliau berharap belanjawan pembangunan itu akan membantu merangsang lagi penggunaan domestik dan menghidupkan pelbagai sektor, yang akan memberi kesan limpahan positif ke atas keseluruhan ekonomi.
"Kami menggesa agar kerajaan untuk mengekalkan dialog terbuka dengan pihak berkepentingan industri dan kekal fleksibel dalam menyesuaikan dasar ketika ekonomi sedang berkembang," katanya.
Mengulas mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, Gobalakrishnan berkata persatuan itu mengalu-alukan inisiatif itu untuk menangani kebajikan rakyat dan akan mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko.
"Disebabkan kos pengeluaran yang semakin meningkat, kerajaan sepatutnya memberi insentif kepada kami dan ia perlu disediakan secepat mungkin.
"Dengan langkah sedemikian, kami akan dapat menyerap kos dengan lebih mudah," katanya. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#cekap dan telus
#NCCIM
#N Gobalakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan