awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa perkenal undang-undang untuk tempat duduk bayi dalam kereta

Bernama
Bernama
05/05/2015
02:29 MYT
Kerajaan digesa perkenal undang-undang untuk tempat duduk bayi dalam kereta
Kerajaan digesa memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan pemilik kenderaan menggunakan tempat duduk khas untuk membawa bayi.
Kerajaan digesa memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan pemilik kenderaan menggunakan tempat duduk khas untuk membawa bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan mereka.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) Datuk Amarjit Singh Gill berkata adalah penting supaya langkah itu diwajibkan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang duduk di dalam sesebuah kenderaan.
"Merujuk kepada kemalangan yang berlaku tiga hari lepas di Lebuhraya Duke, yang mana sepasang suami isteri dan bayi mereka berumur tujuh bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar daripada kenderaan.
Jika bayi itu diletakkan dalam tempat duduk khas bayi, yang diikat dengan selamat, mungkin nyawa bayi itu boleh diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amarjit berkata beribu kenderaan dipandu setiap hari dan kanak-kanak daripada bayi sehingga umur lima tahun yang duduk di tempat duduk belakang berhadapan risiko tercampak keluar kerana mereka duduk tanpa memakai tali pinggang keledar.
"Terdapat juga ibu bapa yang meletakkan anak mereka di tempat duduk hadapan atau di atas riba mereka semasa kereta dipandu. Ini bukan sahaja berbahaya kepada penumpang hadapan malah kepada bayi yang sedang duduk itu, kata Amarjit seorang peguam dari Ipoh.
Amarjit juga berkata berdasarkan kaji selidik dibuat, perangkaan menunjukkan tempat duduk khas bayi mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan kematian kanak-kanak berusia antara setahun sehingga lima tahun sebanyak 54 peratus.
"Jika kita mahu serius dalam keselamatan jalan raya, maka kita perlu serius dalam memastikan langkah berjaga-jaga diwujudkan bagi memastikan keselamatan penumpang di dalam kenderaan," katanya.
Amarjit berkata pihak berkuasa patut menguatkuasakan peraturan mengenai tali pinggang keledar yang pasti meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya kerana tanpa penguatkuasaan undang-undang yang digubal tidak akan mencapai maksudnya.
Semasa musim perayaan dan cuti umum yang panjang, penguatkuasaan adalah penting untuk kebaikan dan keselamatan pengguna jalan raya, katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#DUKE
#kemalangan
#maut
#Myvi
#Nur Firuza Amira
#Pajero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan