awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa pertimbang luaskan bantuan moratorium, pengeluaran KWSP

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2020
04:17 MYT
Kerajaan digesa pertimbang luaskan bantuan moratorium, pengeluaran KWSP
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, lanjutan bantuan ia dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat. - Gambar hiasan Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa pertimbangkan untuk melusakan bantuan lanjutan moratorium dan menghalusi pengeluaran kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menambahkan lagi kategori golongan yang boleh mendapat faedah itu.
Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bantuan itu dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
"Bantuan Prihatian Rakyat adalah bersifat one-off dan lebih tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.
"Disebabkan ini bantuan one-off, ia tidak cukup menampung perbelanjaan bulanan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, meskipun kerajaan memberi penstrukuran pembayaran, namun masih ada ruang untuk menghalusinya.
Menurut beliau, Belanjawan 2021 secara relatifnya banyak tertumpu kepada golongan B40 dan peruhasaan mikro.
Katanya, selain golongan M40, kerajaan juga seharusnya melihat pada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri perkhidmatan dan pelancongan yang masih tidak dapat melunaskan komitmen bulanan mereka.
"Walaupun ramai yang memberi komen bahawa tidak banyak inisiatif untuk menjana ekonomi untuk mencatat pertumbuhan positif di masa, namun saya melihat keutamaan adalah lebih kepada isu menangani dan membentu mereka yang terjejas teruk.
"Masa ada ruang kepada kerajaan untuk mengemukakan Belanjawan susulan atau Pakej Ransangan Fiskel untuk tahun hadapan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#KWSP
#EPF
#PKS
#M40
#B40
#Belanjawan 2021
#bajet perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan