awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa putuskan isu tambang bas sekolah sebelum Januari depan

Bernama
Bernama
24/11/2013
15:27 MYT
Kerajaan digesa putuskan isu tambang bas sekolah sebelum Januari depan
Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) menggesa kerajaan membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus di seluruh negara sebelum sesi persekolahan bermula awal Januari depan.
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menghantar cadangan itu kepada pihak kerajaan Jun lepas namun belum menerima sebarang maklum balas.
"Harga tambang bas yang sedia ada ini sudah tidak relevan bagi pengusaha bas kerana kadar yang dikenakan sekarang merupakan kadar yang ditetapkan lima tahun lalu iaitu sejak tahun 2009 dan sekarang sudah belaku kenaikan harga minyak serta harga kos penyelenggaraan bas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia pada Ahad.
Beliau berkata cadangan itu adalah susulan peningkatan kos operasi berikutan pelarasan subsidi yang menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lepas serta kenaikan kos penyelenggaraan bas sekolah.
Katanya, GPBSM turut mencadangkan agar kadar tambang bas bagi kawasan bandar dan luar bandar diselaras.
Kadar yang diguna pakai sejak tahun 2009 bagi bandar adalah RM27.43 bagi satu kilometer pertama dan ditambah RM2.05 sen untuk setiap kilometer seterusnya, manakala tambang bas sekolah di luar bandar adalah RM21.76 sen untuk satu kilometer pertama dan tambahan sebanyak RM2.05 bagi kilometer seterusnya.
Topic Berkaitan
#Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM)
#Mohd Rofik Mohd Yusof
#tambang bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan