PETALING JAYA: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata kerajaan juga boleh mengambil langkah menjalin perkongsian dengan negara lain untuk mengukuhkan lagi kerjasama antarabangsa, menangani kelemahan global dan menggalakkan perdagangan pelbagai hala.
Selain itu, katanya, kerajaan juga diharap dapat melaksanakan konsep dasar jangka panjang yang lebih jelas sebagai contoh bagi cadangan Dasar Gaji Progresif (PWP).
"Selepas percubaan 1,000 syarikat untuk pelaksanaan perintis (PWP), adakah kerajaan akan menerima pakai dasar ini, dan apakah kriteria serta langkah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?
"Apakah pendirian kerajaan tentang gaji minimum? Dan bagaimana PKS boleh terus bertahan dalam keadaan ringgit yang lemah sekarang dan peningkatan kos operasi yang membebankan perniagaan mereka?," katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 bertemakan "Inovasi Strategik dan Perikatan Global: Memacu Malaysia Merintis Ekonomi Global' di sini ,hari ini.
Sementara itu Soh dalam ucapannya berkata kepesatan inovasi teknologi, yang ditandai dengan kemajuan dalam kecerdasan buatan, automasi dan pendigitalan, boleh menjadi platform bagi meningkatkan kecekapan namun dalam masa yang sama boleh juga menjadi halangan bagi industri tradisional dan pasaran buruh.
Beliau berkata penyelidikan dan pembangunan, memupuk budaya keusahawanan dan menerima teknologi baru muncul boleh membantu pemilik perniagaan memanfaatkan potensi penuh mereka dan mencapai pertumbuhan inklusif yang mampan.
Bagaimanapun, katanya, penerimagunaan teknologi dan inovasi digital telah menyebabkan perniagaan terdedah kepada serangan siber.
"Kesalinghubungan pasaran global mendedahkan kita kepada kelemahan yang berpunca daripada kejutan luaran dan turun naik ekonomi.
"Ini menekankan keperluan untuk penyelesaian inovatif dan pengurusan sumber yang bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai ketika sidang media selepas Forum Ekonomi Nasional 2024, hari ini. - Foto Bernama
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.
Syahrini sahkan hamil selepas 5 tahun kahwin
Syahrini berkongsi beberapa siri foto kehamilannya sekali gus mengumumkan kehamilan pertamanya.
Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut
Sembilan orang maut selepas sebuah pentas dalam acara kempen untuk parti politik runtuh pada petang Rabu di negeri Nuevo Leon di utara Mexico.
Niaga AWANI: Produktiviti pekerja meningkat 1.9 peratus pada suku pertama
Produktiviti pekerja Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah setiap jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 1.9 peratus dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.2 peratus mencatatkan 9.5 bilion jam pada suku pertama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pesta dalam tren di luar pengetahun MOT – Anthony Loke
Begitupun, tegasnya, KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Pertemuan Anwar-Kishida menilai kemajuan kerjasama dua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada Khamis.
Niaga AWANI: Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada RM533.81 pada 15 Mei 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.3 bilion pada 15 Mei 2024 berbanding AS$112.8 bilion 30 April 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Anwar pertahan hubungan dengan Hamas, gesa penyelesaian aman
Anwar berkata beliau telah memujuk mereka bagi mencari penyelesaian secara aman yang boleh diterima semua pihak memandangkan krisis kemanusiaan di sana sudah berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Rakyat Gaza berterima kasih pengiktirafan terhadap Palestin
Penduduk di Semenanjung Gaza menghargai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara daripada Norway, Sepanyol dan Ireland. Pada masa sama, penduduk di wilayah terjejas itu turut menyeru tindakan konkrit untuk gencatan senjata, sesuatu yang sudah agak lama diperjuangkan mereka.
Terlerai sudah: 'Kami bukan lagi suami isteri' - Hisyam Hamid
Aktor Hisyam Hamid akhirnya mengakui perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu, sudah pun terlerai.
Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.