TANJUNG MALIM: Kerajaan diminta mengkaji semula Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 yang tidak membenarkan Orang Asli tinggal di hutan simpan kekal membawa keluar hasil hutan bagi tujuan komersial.
Aktivis yang juga Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli Ramesh Arumugam Chettiar berkata kerajaan dicadangkan supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji RUU berkenaan.
"Tolonglah sediakan satu jawatankuasa khas dan perhalusi cadangan ini. Saya harap jawatankuasa ini dipengerusikan seorang menteri yang tahu perihal Orang Asli.
"Perbetulkan, jangan pinggirkan Orang Asli, yang dia orang dapat RM20 ke RM30 satu hari ke seminggu sekali tu, dia beli beras, dia perlu teruskan kehidupan mereka. Jangan nyah hak mereka sebagai pribumi," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pos Tibang, Ulu Slim di sini pada Ahad.
Beberapa penduduk Orang Asli dari perkampungan di Ulu Slim yang ditemui turut memohon supaya kerajaan mengkaji semula RUU itu demi kelangsungan kehidupan mereka.
Seorang penduduk Kampung Pos Tibang, Han Jeng Chupak berkata masyarakat Orang Asli perlu menyara hidup mereka melalui aktiviti itu yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.
"Kita Orang Asli memang susah dan kalau dapat kerajaan boleh beri tolonglah jangan buat macam ini kepada kehidupan kami. Perkara macam itu tidak baik dan susah untuk kehidupan kami, kita hendak cari makan," katanya.
Mantan Tok Batin Gah Rai yang juga penduduk Kampung Kesau pula berkata beliau berharap kerajaan akan mengambil tindakan supaya masyarakat itu dapat meneruskan aktiviti menjual rotan, buluh dan pelbagai hasil hutan dari perkampungan Orang Asli.
"Saya harapkan menteri-menteri akan mempertimbangkan. Di mana kami hendak cari makanan kerana mengharap barang-barang dari hutan sahaja," katanya.
Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 diluluskan Dewan Negara pada 8 Ogos lalu dan RUU itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 18 Julai lepas.
Secara amnya, pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) kali ini bertujuan mengawal proses pewartaan keluar dan penggantian hutan simpan kekal serta memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran.
Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar, mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dan menambah baik jadual-jadual dalam akta bagi memantapkan pengurusan dan penguatkuasaan perhutanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) kali ini bertujuan mengawal proses pewartaan keluar dan penggantian hutan simpan kekal serta memantapkan penguatkuasaan hutan. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kerajaan diminta kaji semula RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022
Kerajaan dicadangkan supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji RUU berkenaan.