KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta untuk mengenal pasti kategori pelarian sebelum mendaftarkan golongan itu di negara ini.
Penasihat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya mengenal pasti terdapat dua kategori pelarian iaitu mereka yang ditindas dan berkaitan migrasi ekonomi.
"Migrasi ekonomi ini ialah orang yang mendakwa mereka merupakan pelarian yang diiktiraf tetapi sebenarnya mereka datang ke sini untuk mendapatkan ekonomi yang lebih baik," katanya pada sidang media di Sungai Besi di sini semalam.
Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata sesi temu bual perlu diadakan bagi mengetahui latar belakang pelarian terbabit sebelum didaftarkan.
Beliau berkata pelaksanaan pendaftaran itu membantu pihak berkuasa mengesan lokasi pelarian jika terlibat dengan jenayah dan perkara yang melanggar undang-undang negara, dan pelaksanaan pendaftaran pelarian ini perlu dipantau serta diurus dengan baik bagi mengelakkan isu berbangkit apabila ia dilaksanakan kelak.
Beliau berkata demikian bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan KDN untuk melaksanakan dokumen pendaftaran pelarian (DPP).
Pada Mei lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri kini dalam usaha mengumpul data berkaitan pelarian misalnya jantina, umur dan negara asal mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Musa berkata, sesi temu bual perlu diadakan bagi mengetahui latar belakang pelarian terbabit sebelum didaftarkan. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Pindaan Akta Mesin Cetak: NUJM, CIJ dan GERAMM tuntut penjelasan KDN
Ini berikutan desas-desus bahawa syarat dan penalti bagi media akan diperluas dan diperketatkan di bawah pindaan berkenaan.
Belanjawan 2025: KDN perkasa agensi penguatkuasaan dengan peningkatan peruntukan
Peningkatan dua peratus dalam peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Belanjawan 2025 dijangka akan memperkasa agensi penguatkuasaan.
Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB
KDN tidak menolak sebarang kemungkinan kerana siasatan PDRM masih diteruskan daripada pelbagai sudut dan peruntukan undang-undang.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.