awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan diminta pantau persatuan peniaga berpakat tentukan harga

Bernama
Bernama
28/11/2015
23:12 MYT
Kerajaan diminta pantau persatuan peniaga berpakat tentukan harga
Sikap sesetengah persatuan peniaga di negara ini yang berpakat menentukan harga barangan dan perkhidmatan disifatkan antara punca harga jualan yang membebankan pengguna.
Sikap sesetengah persatuan peniaga di negara ini yang berpakat menentukan harga barangan dan perkhidmatan disifatkan antara punca harga jualan yang membebankan pengguna.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata perkara itu juga mewujudkan persaingan tidak sihat antara peniaga kerana mereka tidak lagi boleh bersaing untuk menentukan harga jualan.
"Kalau dalam konteks berpakat untuk meningkatkan produktiviti dan efisien, itu kita galakkan.
"Tetapi persoalannya di Malaysia, kebanyakan persatuan menentukan harga sehingga kadang-kadang sangat tidak adil kepada pengguna," katanya pada Forum Penerangan "Kaedah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat" di sini pada Sabtu.
Dr Noor Azlan berkata tindakan negatif itu perlu dibendung dan kerajaan perlu memantau persatuan-persatuan peniaga bagi memastikan pengguna di negara ini tidak terus teraniaya selain mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat.
Forum anjuran Penerangan UMNO dan Alumni Kelab UMNO Luar Negara itu turut menampilkan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Basaruddin Sadali dan Timbalan Pengarah II (Pembangunan Bumiputera) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Hidah Misran sebagai anggota panel.
Forum Penerangan yang julung kali diadakan itu dirasmikan Ketua Penerangan UMNO yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Noor Azlan berkata sekiranya wujud persaingan sihat antara peniaga, ia akan memberikan pengguna banyak pilihan dalam membeli atau mendapatkan perkhidmatan dengan harga lebih kompetitif.
Dalam pada itu, beliau berkata gaya hidup rakyat yang tidak selari dengan pendapatan juga menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
"Kalau dulu pada era 60-an dan 70-an, bila cuti sekolah, ibu bapa akan membawa anak-anak makan angin di Melaka, Pulau Pinang tetapi hari ini rata-rata nak bercuti ke Korea misalnya. Ia tidak salah tetapi perlu mengikut kemampuan," katanya.
Sementara itu, Ahmad pada sidang media selepas itu berkata formula PKPK iaitu Pendidikan; Kemahiran; Produktiviti dan Keusahawanan dapat membantu menangani kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata rakyat yang berpendidikan, mahir, produktif dan menceburi bidang keusahawanan mampu meningkatkan pendapatan mereka sekali gus dapat menyerap kos sara hidup.
Selain itu, Ahmad berkata pihaknya akan memperbanyakkan forum seumpama itu dengan topik-topik yang dekat di hati rakyat.
Katanya ia sebagai platform perbincangan dan perkongsian maklumat antara pihak kerajaan, anggota akademik dan badan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menangani sesuatu isu.
Beliau menambah pihaknya bercadang mengadakan forum berkenaan setiap dua bulan sekali bermula tahun depan.
Topic Berkaitan
#berpakat
#dr noor azlan
#harga jualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan