KUALA LUMPUR:Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 diminta menggunakan sebahagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar dalam usaha membantu mereka dari segi ketersambungan maya.
Pengarah Global School Leaders Malaysia Cheryl Ann Fernando berkata ini akan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka dari rumah dengan lancar seperti yang disarankan Kementerian Pendidikan (KPM).
"... kerana jika tidak, saya rasa kumpulan pelajar ini pasti akan banyak ketinggalan dari segi pembelajaran dan tempoh pasca pandemik ini bakal menyaksikan mereka terpaksa bergelut untuk mengikuti apa yang sedang diajar," katanya dalam rancangan Mid-Day Update bersama Bernama TV yang bertajuk 'Belanjawan 2021: Pendidikan' hari ini.
Meskipun bersetuju bahawa jumlah RM725 juta yang diperuntuk bagi menaik taraf sekolah usang di seluruh negara adalah 'lebih daripada mencukupi,' Fernando berkata lebih banyak peruntukan diperlukan bagi menyediakan ketersambungan, infrastruktur, data serta peranti untuk pelajar terutama di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, beliau berharap pihak berkaitan akan mengambil maklum cara belanjawan respons COVID-19 digunakan dan mengambil langkah menaikkan jumlah dana bagi pembinaan kapasiti guru selain mempelbagaikan serta menginovasi kaedah latihan untuk guru seperti latihan maya.
Beliau berkata langkah menyesuaikan bentuk latihan dan penyelesaian kepada guru adalah cara terbaik untuk terus melangkah sepanjang tempoh berdepan ancaman pandemik COVID-19.
"Apa yang dapat kita lakukan ialah mengenal pasti lokasi guru, kesulitan mereka serta cara pejabat pendidikan daerah dan negeri boleh membantu mereka. Jika kita cuba memberikan satu kaedah penyelesaian untuk semua perkara, maka ia amat sukar untuk dilaksanakan.
"Bagaimanapun, jika kita menyesuaikan jenis latihan untuk guru, maka kita akan dapat melihat hasilnya dengan segera," katanya.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata KPM terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.
KPM turut menjadi penerima terbesar dalam Belanjawan 2020 dan Belanjawan 2019 dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM64.1 bilion dan RM60.2 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Fernando berkata lebih banyak peruntukan diperlukan bagi menyediakan ketersambungan, infrastruktur, data serta peranti untuk pelajar terutama di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail

Kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak di Perak meningkat
Kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian.

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk Pemindahan peer-to-peer dan Penebusan tunai.

Tak sangka isteri hamil, ibu mentua mangsa kemalangan maut
Ismail bergegas ke lokasi kemalangan yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya selepas menerima klip video kejadian.

MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
[TERKINI] Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Rafizi Ramli menafikan membuat pusingan U mengenai gaji minimum RM1,500 yang telah dikuatkuasakan pada tahun lepas.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
AWANI Pagi: Kelestarian wakaf tangani isu ekonomi semasa
Diskusi bersama Prof Madya Dr Anas Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak melihat sisi wakaf yang sifatnya lestasi, mampan khususnya untuk tangani isu ekonomi semasa.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Gunung Merapi meletus, pendaki terkandas rakam, muat naik video minta tolong
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merakam wajah dan rambutnya yang kotor akibat salutan lumpur abu.

Tingkat keupayaan perubatan di pintu masuk negara
Penyediaan makmal perubatan di pintu masuk negara dilihat membantu ujian pengesanan penyakit tersebut dijalankan dengan cepat.

Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.

Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 3,000 meter
Gunung berapi berkenaan merupakan paling aktif di pulau Sumatera selain merupakan destinasi popular pelancongan rantau Asia.

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

Taylor's University tuan rumah majlis penutup Kem Latihan Kesihatan Qigong China-ASEAN 2023
Taylor's University menjadi tuan rumah majlis penutup Kem Latihan Kesihatan Qigong China-ASEAN 2023 sempena sambutan kerjasama antarabangsa dan pertukaran budaya pada Ahad lalu.

Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.

Aman Palestin salur bantuan secara terus kepada penduduk
Aman Palestin Bhd menyalurkan bantuan dan sumbangan wang tunai orang awam secara terus kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat melalui pejabatnya di Palestin.

MRSM Ranau terima kumpulan pertama pelajar Mac tahun depan
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 orang pelajar.

MOBIM bantu guru laksana kurikulum lebih berkesan - KPM
MOBIM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran dalam tempoh masa yang diperuntukkan dengan berkesan.

India: Pencemaran udara berterusan, sekolah di New Delhi ditutup
Penduduk di New Delhi dan kawasan sekitarnya terus menghadapi tahap pencemaran udara yang sangat tidak sihat, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah rendah dan melaksanakan langkah-langkah tambahan.

Universiti diingatkan kepentingan promosikan perpaduan dalam pendidikan - Agong
Al-Sultan Abdullah bertitah ini kerana universiti memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan ia terus cemerlang.

MITRA sedia RM10.8 juta bantu kanak-kanak B40 di 167 tadika seluruh negara
MITRA memperuntukkan RM10.8 juta untuk 167 buah tadika seluruh negara bagi Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar.

Pembiayaan pendidikan hingga RM250,000, 20 tahun dengan EduFin-i MBSB Bank
Ia juga dilengkapi perlindungan Takaful dan bayaran bulanan penuh yang hanya bermula selepas tamat tempoh pengajian.