awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2023
00:30 MYT
Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam
Zainal juga berkata, kerajaan perlu meningkatkan penggunaan sistem digital di sektor awam dalam proses permohonan perkhidmatan bagi mengurangkan komunikasi fizikal kakitangan dan orang awam. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Gaji sektor awam perlu distrukturkan semula supaya ia dapat mengurangkan kes rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.
Yang di-Pertua IKRAM Kuala Lumpur, Zainal Adnan berkata, perubahan gaji bulanan mengikut peringkat gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan tersebut dengan menggunakan alasan gaji rendah.
“Perubahan gaji perlu lebih setimpal agar mereka tidak memasang niat untuk mendapatkan pendapatan lain seperti rasuah.
“Dengan gaji mencukupi, mereka tidak akan membuat perkara tidak sepatutnya untuk memenuhi kehendak masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, pihak kerajaan perlu meningkatkan penggunaan sistem digital di sektornya dalam proses permohonan perkhidmatan bagi mengurangkan komunikasi fizikal kakitangan dan orang awam.
“Dengan tindakan ini, ia boleh mengurangkan dan menghapuskan gejala rasuah kerana mereka tidak akan berbual antara satu sama lain lebih-lebih lagi jika bukan urusan kerja,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaji
#Rasuah
#struktur semula gaji sektor awam
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan