awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan hapus subsidi minyak masak tulen berbotol mulai 1 Julai

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2022
10:04 MYT
Kerajaan hapus subsidi minyak masak tulen berbotol mulai 1 Julai
Alexander menjelaskan, subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Alexander menjelaskan, keputusan itu menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram (kg) masih diteruskan.
"Ini (pemansuhan subsidi) tidak termasuk yang RM2.50 dijual dalam polybag 1kg, itu diteruskan untuk semua warganegara dan pengguna, itu diteruskan.
"Tetapi yang dimansuhkan subsidinya, saya sebutkan sekali lagi yang berbotol, yang diberi subsidi pada tahun lepas... sepatutnya secara sementara, mula-mula untuk tiga bulan sahaja, tapi dilanjutkan sehingga hari ini.
"Jadi kerajaan buat keputusan, subsidi untuk minyak sawit masak yang berbotol yang dijual 5 kg yang RM29.70 tidak lagi diberi subsidi dan dianggarkan akan naiklah beberapa ringgit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga dan Bekalan bersama pemain-pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli ekonomi dan ketua-ketua pengarang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya menerima pandangan dan cadangan yang positif daripada pihak-pihak yang menyertai sesi libat urus kali ini.
Menerusi sesi tersebut antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah gaya hidup dalam menghadapi isu kenaikan harga.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#minyak masak
#subsidi
#mansuh
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan