awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan harus pertimbang pakej ekonomi tambahan - Ketua Penerangan UMNO

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2020
16:00 MYT
Kerajaan harus pertimbang pakej ekonomi tambahan - Ketua Penerangan UMNO
Naib Ketua Pemuda UMNO itu juga tidak menolak kemungkinan kerajaan hanya menunggu masa yang lebih sesuai untuk mengumumkan pakej rangsangan tambahan. - Gambar fail
Kerajaan harus mempertimbangkan pakej ekonomi tambahan sebagai menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan baru-baru ini.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata walaupun Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin merupakan rangsangan ekonomi yang paling besar dilaksanakan kerajaan, beliau yakin kerajaan masih mampu berbelanja untuk menyelamatkan ekonomi rakyat.
"Saya ulangi, defisit bukan keutamaan sekarang. Kalau perlu terbit sukuk atau bon khusus, tak perlu teragak-agak. Dari suatu sudut, adakalanya kerajaan bukan hanya wajar fikir kos berbelanja, tetapi juga kos jika tidak belanja," kata beliau pada Ahad.
Naib Ketua Pemuda UMNO itu juga tidak menolak kemungkinan kerajaan hanya menunggu masa yang lebih sesuai untuk mengumumkan pakej rangsangan tambahan.
BACA: Ini perkara yang anda perlu tahu tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
"Barangkali kerajaan bijaksana mahu 'simpan peluru' untuk satu lagi pakej yang lebih bersasar setelah penilaian penuh kesan COVID-19 dibuat kelak.
"Sebab kita tak tahu berapa lama dan berapa dalam kesan ekonomi dunia akibat krisis ini. Saya yakin PM dan Kabinet ada kebijaksanaan untuk mengurus situasi sebaik mungkin," katanya.
Pada masa sama, beliau turut berharap kerajaan mengkaji semula tempoh bayaran Bantuan Prihatin Nasional agar ia dipercepatkan dan menambah subsidi upah RM600 yang dikhuatiri tidak mencukupi demi membendung pengangguran berskala besar.
"Apa sekalipun, strategi untuk mengatasi permasalahan ini haruslah jelas dan dapat memberi ketenangan kepada semua pihak," tegas Shahril.
Topic Berkaitan
#Bantuan Prihatin Nasional
#BNP
#COVID-19
#Ketua Penerangan UMNO
#koronavirus
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
#Pemuda UMNO
#Shahril Hamdan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan