awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid Hamidi - Fadillah

Bernama
Bernama
04/09/2023
13:23 MYT
Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid Hamidi - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh. - Foto BERNAMA
SUBANG: Kerajaan tidak campur tangan dan menghormati proses perundangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi (YAB).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.
"Jadi bagi saya biarlah proses perundangan itu berjalan dengan baik dan kita hormatilah.
"Kita tidak akan campur tangan, terserahlah kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk menilai apa tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
Mengulas lanjut Fadillah berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan mahkamah, selepas proses sepatutnya sebagaimana yang termaktub dalam sistem perundangan telah dilalui.
"Saya rasa selain yang ini, banyak keputusan lepas juga menjadi keputusan yang kontroversi tapi bagi saya itu hak mutlak mahkamah, jadi sebaiknya kita hormatilah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes Ahmad Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan