awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan India buka semula perkhidmatan visa e-pelancong

Bernama
Bernama
17/03/2022
10:55 MYT
Kerajaan India buka semula perkhidmatan visa e-pelancong
India juga bercadang menyambung semula perkhidmatan penerbangan komersial dan antarabangsa mulai 27 Mac. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Kerajaan India pada Khamis membuka semula perkhidmatan visa e- pelancong (eVisa) kepada pelawat dari lebih 150 negara dan wilayah termasuk 'regular visa', berkuat kuasa serta-merta.
Warga asing bukan sahaja dibenarkan membuat permohonan baharu malah eVisa lima tahun yang masih sah juga boleh digunakan semula.
Langkah itu dibuat selepas India menggantung visa pelancong sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19, menurut Xinhua memetik laporan All India Radio (AIR) pada Khamis.
Kerajaan mengambil langkah itu berikutan situasi COVID-19 dilihat bertambah baik dan sebagai mempertimbangkan keperluan melonggarkan lagi sekatan visa dan perjalanan.
Kementerian Dalam Negeri juga membenarkan visa pelancong bagi warga Amerika Syarikat dan Jepun untuk tempoh 10 tahun.
Sementara itu, warga Afghanistan pula akan terus menggunakan e-Emergency X-Miscellaneous Visa.
India juga bercadang menyambung semula perkhidmatan penerbangan komersial dan antarabangsa mulai 27 Mac.
Pihak berkuasa India telah mengendalikan penerbangan antarabangsa khas sejak Mei 2020 dan di bawah peraturan "gelembung udara" dua hala dengan beberapa negara bermula Julai 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-visa
#India
#e-pelancong
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan