awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin kelancaran penghantaran vaksin ke seluruh negara

Bernama
Bernama
20/02/2021
11:11 MYT
Kerajaan jamin kelancaran penghantaran vaksin ke seluruh negara
Malaysia sudah memiliki 115 peti simpanan suhu ultra rendah selain menambah lagi 55 buah dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menyimpan bekalan vaksin yang akan tiba pada Ahad. - Gambar REUTERS
KUALA TERENGGANU: Kerajaan memberi jaminan proses penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 ke seluruh negara akan berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melaksanakan latihan penghantaran vaksin ke Klinik Kesihatan Belaga, kira-kira 178 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak, pada 29 Jan lalu.
"Saya yakin sekiranya penghantaran ke kawasan terpencil seperti Belaga dapat dilakukan, ini bermakna tempat lain tidak mempunyai masalah yang besar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Ziarah Sumbangan Tablet di Kampung Cina, di sini, hari ini.
Katanya, lokasi penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 telah dikenal pasti dan setiap negeri juga telah disediakan peti simpanan suhu ultra rendah untuk vaksin tersebut.
"Kita sudah ada 115 peti simpanan suhu ultra rendah dan kerajaan beli lagi 55 buah dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta, jadi tidak ada masalah untuk simpan bekalan vaksin yang akan tiba esok," katanya.
Selasa lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia akan menerima penghantaran pertama vaksin tersebut esok diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini.
Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. - BERNAMA
[Ikuti perkembangan vaksin COVID-19 di sini]
Topic Berkaitan
#vaksin
#vaksin Pfizer-BioNTech
#COVID-19
#kerajaan beri jaminan
#proses penghantaran
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
#Ahmad Amzad Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan