awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin peserta program MM2H tidak akan tertakluk kepada syarat baharu

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
12:40 MYT
Kerajaan jamin peserta program MM2H tidak akan tertakluk kepada syarat baharu
Hamzah Zainudin memberitahu, kerajaan menambah baik syarat-syarat program MM2H berdasarkan kepada faktor ekonomi, keselamatan, penandaarasan dengan negara lain. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan jaminan bahawa peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak akan tertakluk kepada syarat-syarat baharu, kecuali peningkatan fi pas dari RM90 kepada RM500 setahun.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, selain itu mereka hanya tertakluk kepada syarat tempoh keberadaan di Malaysia minimum selama 90 hari bagi tempoh setahun secara kumulatif.
"Walau bagaimanapun, bagi semua peserta baharu, mereka perlu memenuhi dasar baharu Program MM2H ini bagi memastikan peserta Program MM2H yang berada di Malaysia adalah benar-benar genuine, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulungkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, kerajaan telah menambah baik syarat-syarat program MM2H berdasarkan kepada faktor ekonomi, keselamatan, penandaarasan dengan negara lain, hasil laporan kajian oleh perunding yang dilantik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan penemuan Jabatan Audit Negara serta sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyokong Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun katanya, perubahan dasar program MM2H tidak dilaksanakan secara drastik kerana penilaian awal telah dibuat sejak tahun 2019 lagi dan turut melibatkan beberapa kementerian atau agensi yang berkepentingan.
"Kajian yang melibatkan pemegang taruh dari sektor swasta juga telah dilaksanakan oleh MOTAC melalui pelantikan juru perunding.
"Sepanjang program ini dibekukan pelaksanaannya pada tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri dan MOTAC telah meneliti semula dasar dan syarat-syarat berkenaan program ini sebelum mengumumkan pengaktifan semula program MM2H," jelasnya.
Menurutnya, objektif utama pelaksanaan MM2H adalah bagi memberi peluang kepada pesara dan peserta yang berkualiti tinggi untuk tinggal dan berbelanja di Malaysia.
Manakala bagi tujuan menjalankan perniagaan, pelaburan dan mencari pekerjaan, katanya, Jabatan Imigresen Malaysia ada mengeluarkan kemudahan pas lain seperti pas ekspatriat dan pas resident-talent.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Hamzah Zainudin
#pelancongan
#Parlimen
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan