awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin tiada caj tambahan kepada pesakit dikuarantin di hotel - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
08/04/2020
08:01 MYT
Kerajaan jamin tiada caj tambahan kepada pesakit dikuarantin di hotel - Ismail Sabri
Kadar RM150 itu adalah bagi bayaran bilik, makanan dan minuman setiap hari dan kos itu ditampung oleh kerajaan, kata Ismail Sabri. - Gambar fail
Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan terhadap pesakit yang dikuarantin di hotel di seluruh negara.
Demikian tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu yang tular di laman sosial mendakwa sesetengah hotel tidak bersetuju dengan kadar RM150 sehari yang ditetapkan kerajaan.
Menurut beliau,kerajaan dan pengurusan hotel-hotel yang diwartakan telah membuat persetujuan dengan kadar berkenaan.
"Mengenai kadar RM150 tersebut menyebabkan kebimbangan keluarga mereka yang dikuarantin, khuatir kena bayar (lebih). Sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali, seperti saya jelaskan bahawa hotel yang berdaftar sebagai pusat kuarantin dan diwartakan telah kita capai persetujuan dengan kadar sewa itu.
"Jadi tidak timbul berkenaan pesakit akan dicaj dengan kadar berlebihan kerana telah dipersetujui, bermakna tidak timbul isu dan hotel-hotel diwartakan tahu perkara ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Kadar RM150 itu, kata Ismail, adalah bagi bayaran bilik, makanan dan minuman setiap hari dan kos itu ditampung oleh kerajaan.
Kerajaan, ujar beliau, sentiasa ingin memastikan setiap rakyat yang dikuarantin di negara ini mendapat fasiliti terbaik ketika tempoh kuarantin.
Sehingga kini sebanyak 112 buah hotel di seluruh negara telah diwartakan sebagai pusat kuarantin.
Topic Berkaitan
#COVID19
#hotel
#kadar
#KKM
#kluster keselamatan
#kuarantin
#Menteri Kanan
#pusat kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan