KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menarik balik atau mengehadkan lesen memandu kepada individu yang berusia lebih 70 tahun.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ini kerana kompetensi memandu bukan berdasarkan faktor usia, sebaliknya banyak lagi faktor yang menyumbangkan berlakunya nahas kemalangan.
"Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi arahan atau mensyaratkan warga emas yang melebihi 70 tahun untuk mengembalikan lesen..tak pernah.
"Ini kerana kompetensi memandu adalah berlainan, macam Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahatahir Mohamad), beliau dapat memandu dengan baik, jauh lebih baik daripada mereka yang membawa gila-gila kereta atas jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan selain meletakan had usia kepada warga emas dan pindaan undang-undang.
Dalam pada itu, Ka Siong berpendapat, kerajaan tidak boleh mendiskriminasikan kepada mereka yang berusia lebih 70 tahun dan itu bukan pendirian Kementerian Pengangkutan.
"Faktor usia bukan satu-satunya punca berlakunya kemalangan, sebaliknya ada banyak lagi faktor," ujarnya.
Menjawab soalan asal mengenai jumlah kemalangan yang disebabkan pemanduan lawan arus yang dibangkitkan oleh Syed Ibrahim, beliau memberitahu, sebanyak 807 kes (lawan arus) direkodkan sejak Januari lalu hingga semasa.
Daripada jumlah itu katanya, 29 kes melibatkan kemalangan maut dan 17 kes mengakibatkan kecederaan parah.
"Kajian mendapati bahawa faktor manusia adalah merupakan penyumbang utama kepada berlakunya sesuatu nahas jalan raya terutamanya yang memandu melebihi had laju, memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, pemanduan tidak fokus seperti menggunakan telefon bimbit dan aplikasi tunjuk arah dan tidak mematuhi peraturan jalan raya," jelasnya.
Beliau menjelaskan 80 peratus daripada kemalangan adalah disebabkan faktor manusia, 13 peratus ekoran kenderaan dan tujuh peratus ekoran persekitaran.
Menurutnya, selain daripada meminda Akta Pengangkutan jalan 1987, kementeriannya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) secara berterusan meneliti dan menilai semula aspek pembelajaran dan pengujian bagi mendapatkan lesen memandu ke arah memastikan kompetensi pemandu yang bakal dilahirkan berada pada tahap yang tertinggi.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 28 2021
Wee Ka Siong berpendapat, kerajaan tidak boleh mendiskriminasikan mereka yang berusia lebih 70 tahun. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.