awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jimat RM38.5 juta setahun dengan pembubaran SPAD

Bernama
Bernama
16/08/2018
21:59 MYT
Kerajaan jimat RM38.5 juta setahun dengan pembubaran SPAD
Kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat. - Gambar fail
Pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya.
"Sebelum ini, pengerusi SPAD juga diberi elaun besar iaitu mencecah RM25,000 hingga RM30,000 setiap bulan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Rang undang-undang itu yang bertujuan membubarkan SPAD yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) diluluskan sebulat suara setelah dibaca kali ketiga di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.
Sementara itu, Loke memberi jaminan bahawa kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat.
Jelasnya, terdapat 999 kakitangan suruhanjaya itu secara keseluruhan merangkumi kakitangan tetap, kakitangan kontrak, selain pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad.
"Namun begitu kebanyakan mereka akan diserapkan bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tapi bukan semua kakitangan itu adalah kakitangan penguatkuasaan.
"Kebanyakannya dalam JPJ kita perlukan bahagian penguatkuasaan, maka sesiapa yang terlibat dalam penguatkuasaan di SPAD mereka akan diserapkan dalam JPJ tertakluk kepada kelayakan mereka," katanya.
Dewan Rakyat pada Khamis turut meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. -- Bernama
Topic Berkaitan
#agensi
#anggota suruhanjaya
#Anthony Loke
#bubar
#Dewan Rakyat
#elaun
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#jimat kos
#JPJ
#Kementerian Pengangkutan
#pampasan
#pemberhentian kerja
#pengangkutan awam
#penguatkuasaan
#peralihan
#SPAD
#suruhanjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan