awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji mekanisme tangani isu pemerdagangan seks kanak-kanak

Bernama
Bernama
22/02/2019
15:24 MYT
Kerajaan kaji mekanisme tangani isu pemerdagangan seks kanak-kanak
Dr Wan Azizah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Balakong 2019 pada Jumaat. - BERNAMA
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji mekanisme terbaik dalam menangani isu pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak yang menyasarkan Malaysia untuk kegiatan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memandang berat isu tersebut serta turut bersama-sama negara jiran dalam memerangi penularan kegiatan sumbang itu.
"Perincian lebih teliti akan dilakukan bagi memastikan negara tidak menjadi destinasi pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak seperti yang dihadapi negara jiran lain.
"Kerajaan akan mengetatkan apa sahaja peraturan bagi memelihara anak-anak kita daripada menjadi mangsa seks," kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Balakong 2019 dekat sini, malam ini, yang dihadiri lebih 2,000 tetamu.
BACA: Malaysia kurang beri perhatian isu pedofilia, pemerdagangan manusia
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Malaysia semakin menjadi sasaran sindiket pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak berikutan negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Filipina telah mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan itu.
Menurut laporan tersebut yang memetik seorang aktivis kumpulan hak asasi manusia, sindiket itu juga banyak menyasarkan kanak-kanak lelaki melibatkan kawasan Bukit Bintang, Brickfields, Pasar Seni dan Ampang di ibu negara. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#pedofil
#pemerdagangan seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan