awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kedah kesal pengunjung Dataran Medan Bandar biar sampah bersepah

Bernama
Bernama
18/03/2025
02:45 MYT
Kerajaan Kedah kesal pengunjung Dataran Medan Bandar biar sampah bersepah
Dataran Medan Bandar berhadapan dengan Masjid Zahir menjadi tumpuan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan sahabat handai. - Foto fail/BERNAMA
JITRA: Kerajaan Kedah melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengunjung yang tidak menguruskan sampah dengan baik dan membiarkannya bersepah selepas berbuka puasa di Dataran Medan Bandar di Alor Setar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mejar (B) Mansor Zakaria berkata sikap tidak bertanggungjawab itu tidak seharusnya menjadi amalan ketika berada pada bulan mulia ini.
"Saya tahu ada tong sampah disediakan di kawasan itu, tetapi saiznya kecil berbanding jumlah pengunjung yang sangat ramai datang berbuka puasa di dataran berkenaan, jadi lebih bagus bawa baliklah sampah itu.
"Janganlah berharap kepada pihak lain yang membersihkan sampah yang anda buang merata-rata. Sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan itu apatah lagi ketika ini Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025," katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Sri Aman di sini semalam.
Mansor berkata kebenaran untuk orang ramai berbuka puasa di kawasan berkenaan adalah sebagai mengimarahkan Ramadan selain merancakkan program TMK 2025.
"Banyak (pihak) yang minta buka kawasan itu untuk dijadikan tapak berbuka puasa. Semua boleh datang berbuka beramai-ramai bersama keluarga, tetapi jagalah kebersihan," katanya.
Mansor berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu terbabit.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Dataran Medan Bandar
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
#sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan