awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kedah pimpinan Muhammad Sanusi tidak keluar lesen pembalakan

Bernama
Bernama
22/09/2020
09:27 MYT
Kerajaan Kedah pimpinan Muhammad Sanusi tidak keluar lesen pembalakan
Mengikut rekod Jabatan Perhutanan negeri, pembalakan di kawasan itu telah diberikan lesen membalak pada tahun lepas. -Gambar hiasan
Kerajaaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan termasuk di kawasan hutan berhampiran Empangan Ahning, Padang Terap.
Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mengikut rekod Jabatan Perhutanan negeri, pembalakan di kawasan itu telah diberikan lesen membalak pada tahun lepas untuk tempoh berkuat kuasa antara 25 Feb hingga 25 Ogos lalu iaitu lesen yang disambung semula disebabkan kerja pengubahsuaian belum selesai.
"Jabatan Perhutanan mengeluarkan lesen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds (keputusan untuk memberi hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan hantaran mengenai dua imej satelit yang memaparkan keadaan hutan yang didakwa berhampiran empangan tersebut oleh seorang individu menerusi Facebook, semalam.
Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah, terdapat usaha untuk memberi persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah pimpinan Muhammad Sanusi menerusi hantaran yang dibuat individu menggunakan nama 'Sabrina Syed' itu.
"Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar menerusi pelbagai platform internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empangan
#empangan ahning
#hutan
#Kedah
#lesen
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pembalakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan