awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kekal subsidi diesel, perkenal mekanisme 'fleet card' basmi ketirisan

Fareez Azman
Fareez Azman
15/05/2023
05:09 MYT
Kerajaan kekal subsidi diesel, perkenal mekanisme 'fleet card' basmi ketirisan
Anwar berkata, data menunjukkan berlaku ketirisan subsidi diesel apabila penggunaannya melonjak berbanding jumlah kenderaan berdaftar di negara ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan mekanisme fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan tiada lagi ketirisan dalam pemberian subsidi kepada sektor pengangkutan darat.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, data menunjukkan berlaku ketirisan subsidi diesel apabila penggunaannya melonjak berbanding jumlah kenderaan berdaftar di negara ini.
"Ini kerana sistem subsidi diesel ini harus diperbaiki. Tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun 2022, penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 (prapandemik) kepada 8.4 bilion liter tahun 2022 (pascapandemik).
"Sedangkan jumlah kenderaan berdaftar menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus bersamaan 2.08 juta kenderaan pada tahun 2019 kepada 2.13 juta kenderaan pada tahun 2022.
"Maknanya peningkatan kenderaan menggunakan diesel 2.4 peratus, penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus. Jadi ada masalah tentang salah guna, penyeludupan, ketirisan.
"Ini disebutkan ketirisan RM10 bilion dan kemudian dicabar sesetengah Ahli Parlimen pembangkang kerana tidak teliti angka disediakan," katanya.
Justeru, pengenalan sistem SKDS ujarnya akan memperkemaskan pemberian subsidi diesel secara bersasar dan membasmi ketirisan yang berlaku.
"Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti dilalui SKDS. Siapa perlu, boleh pakai tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang," katanya lagi.
Mengulas lanjut ujar Anwar, kerajaan sedang memperincikan jenis kenderaan yang layak menerima subsidi diesel.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca-Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
Topic Berkaitan
#subsidi diesel
#sistem kawalan
#fleet card
#SKDS
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan