KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akur dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA), yang memutuskan negeri itu akan menjadi tuan rumah temasya tersebut pada 2028.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.
"Keputusan dibuat kelmarin Kelantan akan menjadi tuan rumah SUKMA 2028, namun perincian mesyuarat berkenaan tidak boleh didedahkan.
"Alasan kita (Kelantan) ditangguhkan menjadi tuan rumah kena tanya Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) sendiri. Namun begitu persiapan untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2028 akan diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kelantan kali ke-64, di sini hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai Hannah yang membuat laporan polis berikutan kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed, yang mendakwa hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah pada 2024 dinafikan, Wan Roslan berkata mungkin berlaku salah faham dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Kamal.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda menggambarkan anak muda begitu teruja supaya SUKMA diadakan di Kelantan.
"Beliau mungkin bimbang temasya ini tidak diadakan di Kelantan, kerana negeri lain telah menjadi tuan rumah dua kali.
"Jadi saya rasa tidak timbul masalah sekiranya berlaku kesilapan dalam kenyataan itu, sepatutnya kenyataan Ketua Pemuda itu diperbetulkan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah SUKMA 2024, manakala Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan temasya tersebut pada 2026.
Kelantan pula bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028, untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut. -Gambar fail/Bernama

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Kerajaan peruntuk RM276 juta sedia fasiliti Sukma di Kelantan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di Kelantan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di negeri itu pada 2028.

Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis
Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis.

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028
Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.

Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.

Hannah Yeoh lapor polis, tolak dakwaan Kelantan dinafikan hak penganjuran Sukma
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.

Jinq En belum puas hati meskipun menang emas
Phee Jinq En masih belum berpuas hati dengan prestasi dirinya meskipun berjaya merangkul pingat emas menerusi acara 100 meter (m) kuak dada wanita pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2023.

Keluarga atlet lawan pedang Terengganu terima pampasan
Keluarga atlet lawan pedang Terengganu, Allahyarham Muhammad Amirul Zulkafli yang meninggal dunia akibat lemas pada 2020, menerima pampasan daripada MSNT berjumlah RM50,000 hari ini.