Kerajaan Negeri Kelantan diminta lebih bertegas dalam menangani isu penerokaan tanah yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian di lebih 200 buah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, hampir keseluruhan kawasan tanah pertanian yang telah diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri tidak mengikut peraturan alam sekitar yang sewajarnya dalam pembukaan tanah.
Beliau berkata, tidak mustahil kawasan Lojing selepas ini akan berlaku bencana tanah runtuh jika individu yang tidak bertanggungjawab terus dibiarkan merosakkan alam sekitar.
"Kerajaan Negeri harus mengambil tindakan yang lebih ketatlah supaya syarat-syarat pertanian itu mesti mengikut tatacara yang dibenarkan, kalau tidak hancur semua ini.
"Ini bukan perusahaan orang miskin tetapi ini perusahaan orang kaya. Sekarang kita sedang menghadapi kumpulan orang kaya yang tidak peduli sama ada alam sekitar hancur atau pun tidak," katanya selepas melawat Tanah Tinggi Lojing Gua Musang pada petang Rabu.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata, ketika ini pihak kerajaan memberi tumpuan kepada pemantauan Pedatang Asing Tanpa Izin (PATI) Cameron Highlands yang didakwa melarikan diri ke Lojing dari dicekup pihak berkuasa.
"Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengambil tindakan tegas ke atas pekebun sayur yang tidak mengikut syarat pertanian yang dibenarkan," jelasnya.
Sebanyak tujuh buah syarikat swasta, dua buah anak syarikat kerajaan negeri dan dua buah agensi kerajaan telah memonopoli aktiviti pertanian di kebun sayur Lojing.
Muhafandi Muhamad
Thu Dec 11 2014
SHAHIDAN: Kerajaan Kelantan diminta bertegas isu penerokaan tanah - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM
Keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.
Menteri Islam British letak jawatan ekoran polisi Gaza
Menteri Islam pertama Kabinet British meletak jawatan ekoran polisi kerajaan berhubung situasi di Gaza