awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan sedia bincang cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thai

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/08/2016
11:53 MYT
Kerajaan Kelantan sedia bincang cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thai
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kerajaan negeri tidak ada halangan untuk bekerjasama demi keselamatan negara. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Kelantan sedia berbincang dengan kerajaan pusat berhubung isu tanah bagi membina tembok sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kerajaan negeri tidak ada halangan untuk bekerjasama demi keselamatan negara.
“Kita mengakui memang sempadan kita dengan Thailand memang terbuka kerana sempadan panjang dan tidak ada benteng. Memang ada kawalan tetapi ruang untuk dicerobohi terbuka. Kita minta kalau perkara ini serius, KDN (Kementerian Dalam Negeri) kena tingkat usaha kawalan.
“Kita desak bina benteng, cadangan bina benteng juga dari Kerajaan Persekutuan. Kalau boleh mengatasi masalah yang ada kita tidak ada masalah tanah, boleh bincang dan kalau untuk keselamatan kerajaan negeri tidak ada masalah bagi kerjasama,” kata Mohd Amar kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lepas berhubung jenayah rentas sempadan di Rantau Panjang yang berleluasa kerana sempadan yang mudah dibolosi.
Ini termasuk penyeludupan senjata api dan pil kuda sehingga menjadikan Kelantan sebagai negeri tertinggi pengedaran dan penyalahgunaan pil itu.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini berhasrat membina pagar atau tembok pemisah di antara sempadan berkenaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan.
Namun hasrat berkenaan ditangguhkan kerana melibatkan kos yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#pencerobohan
#tembok sempadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan