awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan umum tanggung bil air selama sebulan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
31/03/2022
06:22 MYT
Kerajaan Kelantan umum tanggung bil air selama sebulan
Kerajaan Kelantan umum tanggung bil air selama sebulan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan pengecualian bayaran bil air pengguna Air Kelantan Sendirian Berhad, AKSB selama sebulan bagi bil air yang tidak melebihi RM30.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di laman Facebook beliau hari ini.
"Kita akan menghadapi Ramadan beberapa hari lagi, kerajaan melihat sepanjang Ramadan in bagi pengguna-pengguna air AKSB yang menggunakan tidak lebih RM30 bagi satu akaun, kerajaan akan tanggung selama sebulan," menurut datu kemas.
Pengecualian bayaran bil air itu melibatkan 146,600 akaun pengguna dengan implikasi kewangan kerajaan lebih kurang RM3 juta.
Kelmarin Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan diskaun 50 peratus bil air kepada rakyat Kelantan yang terkesan dengan gangguan bekalan air.
Katanya, potongan itu bagi meredakan kemarahan rakyat Kelantan yang terkesan dengan masalah air yang melanda sejak beberapa tahun yang lalu.
Mengambil contoh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang terdapat 3,000 keluarga termasuk 1,500 di bandar utama yang terkesan dengan masalah air sejak lebih setahun yang lalu.
Sementara itu dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini Dewan dimaklumkan sebanyak RM33 juta tunggakan bil air AKSB terkumpul sehingga Februari tahun ini, disebabkan kegagalan penduduk membuat pembayaran.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, keseluruhan pengguna AKSB di Kelantan adalah seramai 271,876 orang.
"Saya memohon mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turun padang supaya memaklumkan kepada rakyat untuk membayar bil air," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#bil air percuma
#Ahmad Yakob
#DUN Kelantan
#MB Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan