Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi infrastruktur sekolah khususnya di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan 2, P. Kamalanathan berharap peruntukan lebih akan disediakan dalam Bajet 2014 dengan memberi penekanan kepada usaha memperkasakan pendidikan luar bandar.
Usaha memperkasakan pendidikan luar bandar adalah usaha berterusan, namun keutamaan diberikan kepada sekolah yang paling memerlukan bantuan.
"Kita akan perkasakan infrastruktur bangunan-bangunan sekolah. Saya sedar ia isu berterusan. Kita juga perlu maklum ada lebih 10 ribu sekolah. Ada sekolah cukup kemudahan, ada sekolah kurang kemudahannya dan kita komited untuk membantu." kata beliau yang juga ahli parlimen Hulu Selangor.
Bagaimanapun katanya kerajaan juga mempunyai banyak tanggungjawab selain pendidikan termasuk banyak lagi perkara asas dan keperluan yang harus diambil maklum dan diselesaikan.
"Walau apapun kekangan, kita tidak akan melepaskan batuk di tangga. Kita akan sentiasa mencari peluang mengatasi masalah masyarakat luar bandar, Sabah dan Sarawak malah bandar pun ada masalah. Penambahbaikan sekolah merupakan keperluan semua."
"Saya pergi banyak sekolah dalam empat bulan saya menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan ini. Walau sejauh mana moden (sekolah itu) masih ada keperluannya. Tidak pernah ada sekolah saya masuk dia kata cukup seratus peratus. Sehebat-hebat sekolah masih ada keperluan tetapi kerajaan akan mengambil kira keperluan terdekat dan paling kritikal dimana kita akan segera membantu sekolah itu."
Dalam pada itu, Kamalanathan yakin pelaksanaan sistem pembelajaran menerusi 1bestarinet dapat menyelesaikan masalah jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar.
"Ini dengan secara langsung 10,094 sekolah rendah dan menengah akan mengunakan satu laman kongsi ilmu sekolah bandar dan luar bandar. Tujuan ini bagi mengurangkan jurang bandar dan luar bandar dan kita akan buat apa yang sahaja yang boleh di bawah kemampuan kita untuk mengurangkan jurang ini dan kita akan teruskan aspek memperkasakan sistem pendidikan."
Sehingga kini, lebih 85 peratus daripada 10,094 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sudah dilengkapi sistem 1bestarinet yang menjadi gerbang sesawang pembelajaran.
Baki 15 peratus lagi sistem itu terutama di Sarawak dijangka akan siap menjelang hujung tahun ini.
Tan Su Lin
Sun Sep 29 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.