Kerajaan terus komited untuk menambah baik dasar berkaitan mengurangkan kos sara hidup yang telah dilaksana selain memperkenalkan dasar baharu bagi membantu rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam hal ini, perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan pelbagai pihak.
"Menangani kos sara hidup adalah keutamaan tertinggi dalam penelitian setiap keluarga dan sebab itulah kerajaan memperkenalkan pelbagai kaedah dan cara (untuk mengurangkan kos sara hidup).
"Mungkin tidak lengkap tetapi macam-macam usaha yang telah kita lakukan. Ada yang diketahui ada juga yang tidak diketahui, ada secara langsung dan ada juga secara tidak langsung," katanya berucap merasmikan Sidang Meja Bulat dan Bicara Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia di Bangi hari ini.
Menjadikan sektor pendidikan tinggi sebagai contoh, beliau berkata sudah ada elemen subsidi oleh kerajaan yang dinikmati golongan pelajar seperti tiada kenaikan yuran pengajian di universiti.
Malah, Najib menarik perhatian bahawa secara purata kerajaan menanggung sebanyak 90 peratus kos pengajian tinggi di negara ini manakala pelajar hanya membiayai 10 peratus sahaja kos tersebut.
"Jika tidak mampu menanggung kos 10 peratus itu, kerajaan menyediakan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan ada antara pelajar kita yang mendapat biasiswa," katanya.
Beliau berkata di Malaysia soal pendemokrasian pendidikan atau akses kepada pendidikan berkualiti tidak bergantung kepada kemampuan kewangan sebaliknya keinginan dan kesungguhan seseorang itu untuk belajar.
Katanya keadaan itu berbeza dengan banyak negara lain di mana rakyat mereka tidak mampu melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi disebabkan kos pengajian yang tinggi.
"Tapi di Malaysia, walaupun berasal daripada keluarga yang tidak berpendapatan tinggi tetapi masih mampu menjejak kaki di universiti kerana dasar kerajaan, kita percaya bahawa setiap insan berpontensi untuk belajar kepada peringkat sehabis tinggi," katanya.
Najib turut menyentuh mengenai perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan seperti Klinik 1Malaysia dan hospital kerajaan yang mengenakan bayaran yang sangat rendah untuk rakyat mendapatkan rawatan.
Katanya kerajaan juga menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat dengan sasaran untuk membina hampir satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun termasuk yang dikhususkan kepada golongan belia.
"Kita ada Skim Perumahan Belia yang mana kerajaan memberi RM200 kepada 20,000 belia yang telah berkahwin untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkn beban ansuran pinjaman bulanan perumahan dan pengecualian 50 peratus duti stem ke atas perjanjian pinjaman," katanya.
Najib berkata pelbagai lagi dasar dan langkah lain yang diperkenalkan kerajaan merangkumi pelbagai perkara seperti pengangkutan awam dan pembiayaan keusahawanan yang diharap dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Pemikir Muda Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
Bernama
Sat May 09 2015
NAJIB: Kerajaan komited menambah baik dasar mengurangkan kos sara hidup yang dilaksana selain memperkenalkan dasar baharu bagi membantu rakyat. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.