awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan laksana kaedah baharu hapus miskin tegar - Mustapa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/11/2021
08:58 MYT
Kerajaan laksana kaedah baharu hapus miskin tegar - Mustapa
Semua kementerian, jabatan dan agensi terlibat tidak lagi bekerja secara 'silo', sebaliknya lebih kepada pendekatan bersepadu. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan kaedah baharu dalam usaha menghapuskan miskin tegar di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek rintis itu akan mula dilaksanakan di dua kawasan bagi setiap negeri.
Jelasnya, inisiatif ini akan memastikan semua kementerian, jabatan dan agensi terlibat tidak lagi bekerja secara 'silo', sebaliknya lebih kepada pendekatan bersepadu.
"Oleh kerana agenda ini besar, maka kerajaan sudah membuat keputusan melaksanakan projek rintis akan memilih dua kawasan dalam satu negeri.
"Bagi negeri Sabah dan Sarawak, kita akan tambah bilangan kawasan tersebut.
"Kita akan guna kaedah baharu ini untuk mengatasi miskin tegar.
"Kaedah baharu ini akan mengumpulkan kesemua jabatan kerajaan, universiti, NGO, majlis agama islam, individu... sekarang ini tidak berapa bersepadu," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) hari ini.
Jelas beliau, pihaknya menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan ini selama dua tahun.
"Program ini bukan 'one-off', kita akan laksanakan program-program yang akan menjana pendapatan.
"Pendekatan ini akan dimulakan awal bulan hadapan," katanya.
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#bajet 2022
#bantu golongan miskin
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan