awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan laksana sistem kumpul data pemegang kad UNHCR - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/07/2022
07:02 MYT
Kerajaan laksana sistem kumpul data pemegang kad UNHCR - Hamzah
Hamzah menjelaskan, hanya kad UNHCR dikeluarkan Malaysia sahaja yang diiktiraf. - Gambar fail
LARUT: Kerajaan meluluskan pelaksanaan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) bagi mengumpul data semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
Kelulusan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaan sistem itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat yang dilantik kerajaan selepas kajian mengenainya dibuat beberapa tahun lepas.
"Bila kita gunakan TRIS ini iaitu Tracking Imigration System adalah untuk memastikan bahawa segala mereka yang ada di sini apabila kita telah daftarkan kedudukan mereka.
"Kita tahu mereka mana mereka tinggal, jadi kita akan memastikan bahawa selepas ini sesiapa saja yang mahu bekerja ataupun mahu melakukan sesuatu, akan kita pertingkatkan melalui polisi-polisi yang akan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Beliau ditemui selepas sesi townhall sempena program jelajah Kita Demi Negara di Astaka Batu Kurau, Perak, pada Sabtu.
Terdahulu dalam sesi townhall itu, Hamzah menjelaskan, hanya kad UNHCR dikeluarkan Malaysia sahaja yang diiktiraf.
Selain daripada itu, pemegangnya akan diusir keluar dari negara ini.
Mengulas mengenai pesakit pertama cacar monyet di Thailand yang menghilangkan diri, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk mengesan individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#kad UNHCR
#Hamzah Zainuddin
#Imigresen
#TRIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan