awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lantik 13 Ahli Majlis Penasihat AIAC

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2021
23:25 MYT
Kerajaan lantik 13 Ahli Majlis Penasihat AIAC
Menurut Takiyuddin, ia berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan memperkukuh AIAC serta meningkatkan aktiviti pusat tersebut. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melantik 13 individu sebagai Ahli Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) selama dua tahun berkuat kuasa 1 April ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan memperkukuh AIAC serta meningkatkan aktiviti pusat tersebut.
"Pelantikan Ahli Majlis Penasihat AIAC dari dalam dan luar negara ini dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas individu-individu berkenaan dalam industri Penyelesaian Pertikaian Alternatif di negara masing-masing.
"Melalui pelantikan ahli Majlis Penasihat AIAC ini saya berharap AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul dan terkemuka di dunia," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Antara individu dilantik adalah Bekas Ketua Hakim Negara dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria (Pengerusi); Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Pengerusi Ketiga Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Tan Sri Sulong Matjeraie; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.
Ini termasuk peguam Raja Datuk Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, Datuk Nitin Nadkarni; Presiden UMW Land Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid; peguam Tan Swee Im; peguam antarabangsa (Australia) Prof Doug Jones AO; peguam antarabangsa (UAE) Dr Hassan Arab; peguam antarabangsa (United Kingdom) Monica Feria Tinta; peguam antarabangsa (United Kingdom) Khawar Qureshi QC; dan peguam antarabangsa (India) Vyapak Desai.
Topic Berkaitan
#AIAC
#Ahli Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asi
#Takiyuddin Hassan
#strategi dan pelan tindakan
#Peguam Negara
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan