awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lihat semula isu pelepasan cukai klinik pergigian swasta - Fadillah

Fareez Azman
Fareez Azman
20/03/2023
10:23 MYT
Kerajaan lihat semula isu pelepasan cukai klinik pergigian swasta - Fadillah
Fadillah (tengah) hadir pada majlis sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 di ibu negara pada Isnin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melihat semula isu pelepasan cukai terhadap klinik pergigian swasta terutama di kawasan luar bandar.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, isu tersebut antara disuarakan oleh pegawai perubatan pergigian swasta yang terpaksa menanggung duti import yang tinggi.
"Walaupun kita ada Klinik Pergigian Bergerak sebagainya tetapi tidak mencukupi. Sebab itu salah satu permintaan mereka adalah pelepasan cukai, apabila mereka membuka (klinik) ia (pelepasan cukai) lebih membantu mereka dari segi kos dan sebagainya.
"Insya-Allah saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan Menteri Kewangan dan sebagaimana kita boleh menyokong supaya untuk Klinik Kesihatan Pergigian khususnya sebab ia memerlukan peralatan mahal dan kalau duti import dapat dikurangkan sudah pasti ini membantu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 di ibu negara pada Isnin.
Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi.
Jelas Fadillah lagi, seramai 15 peratus daripada rakyat di negara ini tidak pernah berjumpa doktor gigi seumur hidup untuk pemeriksaan gigi.
Untuk rekod, seramai 19.4 juta atau 94 peratus orang dewasa di negara ini mengalami masalah keradangan dan penyakit gusi.
Manakala 18.3 juta bersamaan 88.9 peratus pula mempunyai masalah karies gigi.
Pada tahun 2019, sebanyak RM937 juta dibelanjakan rakyat untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian swasta.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#klinik pergigian
#pelepasan cukai
#Klinik Pergigian Bergerak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan