MALAYSIA
Kerajaan luaskan manfaat BUDI95 kepada 31,000 penerima baharu

Peluasan ini membolehkan mereka menikmati subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter, berbanding harga tanpa subsidi RM2.60 seliter, menjadikan jumlah penerima melebihi 16 juta orang. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan peluasan kelayakan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada tiga kelompok baharu melibatkan lebih 31,000 rakyat di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan meluaskan kelayakan BUDI95 kepada tiga kelompok baharu melibatkan lebih 31,000 rakyat, termasuk nelayan berdaftar, pemilik bot persendirian di Sabah, dan pemegang lesen memandu baharu.
- Peluasan ini membolehkan mereka menikmati subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter, berbanding harga tanpa subsidi RM2.60 seliter, menjadikan jumlah penerima melebihi 16 juta orang.
- Kementerian Kewangan sedang memuktamadkan data tambahan pengguna bot di Sabah dan Sarawak serta menyelaras penambahan siling kelayakan subsidi kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bagi menjamin kelangsungan pekerjaan.
Menurut MOF, ia juga sedang memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot yang tidak mempunyai lesen memandu di negeri lain khususnya Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, MoF memaklumkan perbincangan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat dan syarikat pengendali e-hailing sedang diselaras bagi pelaksanaan penambahan siling kelayakan melebihi 300 liter sebulan kepada pemandu sepenuh masa.
Langkah itu bertujuan memastikan kelangsungan pekerjaan pemandu e-hailing tidak terjejas oleh pelaksanaan subsidi bersasar.
"Kerajaan MADANI kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," menurut kenyataan itu.
MoF turut memberi jaminan bahawa kementerian dan agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 serta melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 dan WhatsApp +603-2631 4595 untuk maklumat lanjut.
Portal berkenaan turut dilengkapi ciri semakan sejarah transaksi yang boleh diakses melalui MyDigital ID bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami