KEPALA BATAS: Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi menambah baik kesiapsiagaan dan kebajikan anggota pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelbagai usaha diambil bagi memenuhi komitmen perkhidmatan terhadap Keluarga Malaysia terutama daripada aspek pembangunan infrastruktur kebombaan dan modal insan.
Katanya, ia seiring dengan usaha dan dasar kerajaan yang bertanggungjawab serta prihatin terhadap perkembangan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara,
"Ini (peruntukan) meliputi perolehan jentera bomba, kenderaan utiliti, kenderaan forensik kebakaran, Personal Protective Equipment (PPE) serta sistem perisian pemantauan kebombaan yang bertujuan meningkatkan keberkesanan jabatan dalam menangani kes kecemasan," katanya dalam ucapan Sambutan Hari Anggota Bomba sedunia di perkarangan Dewan Millenium di sini hari ini.
Terdahulu Ismail Sabri merasmikan sambutan Hari Anggota Bomba sedunia 2022 bertemakan "Bomba Frontliners, Keluarga Malaysia" yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Dari aspek kebajikan, perdana menteri berkata kerajaan telah meluluskan permohonan pemanjangan bayaran elaun kemahiran khas kepada pegawai yang bertugas sebagai jurulatih dan tenaga pengajar di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM).
"Walaupun pada peringkat awal kita menerima permohonan dengan kadar RM300 bagi dua insentif untuk jurulatih dan tenaga pengajar, saya berpandangan kadar itu tidak sesuai dan saya telah mengarah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jumlah elaun-elaun jurulatih dan tenaga pengajar," katanya.
Beliau berkata kelulusan elaun ini akan memberi manfaat kepada 114 orang pegawai bomba dari Gred KB19 hingga KB38 yang bertugas sebagai jurulatih dan tenaga pengajar di lima buah Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Diharapkan dengan kelulusan ini, jurulatih dan tenaga pengajar dengan kemahiran khas ini akan terus meningkatkan komitmen dan kualiti kerja ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berwibawa," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata dalam mendepani cabaran semasa, JBPM perlu berusaha meningkatkan kecekapan dan profesionalisme menerusi program-program strategik disusuli pelan tindakan yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat.
"Menyedari cabaran yang dihadapi itu, Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM telah bergerak secara proaktif dengan menggubal Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2021-2030.
"Dasar ini diyakini dapat melahirkan Keluarga Malaysia yang berdaya tahan serta mampu mengadaptasi konsep penyelamat nyawa rakyat dalam kehidupan seharian, terutama ketika berdepan sebarang situasi kecemasan atau bencana," katanya.
Beliau berkata dasar ini melibatkan komitmen pelbagai pihak dalam menjalin hubungan kerjasama strategik dengan industri keselamatan, kebakaran dan kebombaan.
Katanya pemantapan terhadap aspek perlindungan kebakaran melalui penggunaan teknologi terkini seperti automasi dan robotik pula mampu meningkatkan keyakinan bukan sahaja dalam kalangan Keluarga Malaysia, malah pemain industri dan juga pelabur.
"Saya yakin melalui DKPN 2021-2030, warga KPKT khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menzahirkan komitmen padu untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi penyampaian perkhidmatan kebombaan yang dinamik dan progresif," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 22 2022

Ismail Sabri (tengah) menghadiri majlis perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 hari ini. Turut hadir Reezal Merican (empat, kiri)

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital - Annuar
Malaysia Digital adalah program di agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

Hentikan kaedah 'putar alam', Anwar perlu terima hakikat belum pernah ada cukup sokongan - Annuar
Menurut beliau, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri disebabkan kegagalan beliau menyakinkan Yang di-Pertuan Agong.

'Saya tetap sokong Ismail Sabri sebagai PM' - Tajuddin
UMNO Bahagian Pasir Salak akan terus menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kita dalam parti tidak serang Perdana Menteri" - Najib Razak
Timbalan Pengerusi dan Penasihat BN senada bahawa Ismail Sabri dapat sokongan padu daripada UMNO terajui negara.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.