KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) sekali gus menamatkan polemik pendanaan yang membelenggu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu sebelum ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kerajaan Perpaduan enggan memanjangkan polemik yang berkait dengan TAR UMT hanya disebabkan hubungan IPTS itu dengan MCA sebaliknya akan meneruskan sokongan dan pendanaan kepada universiti tersebut.
"Kita hendak sama-sama bergerak ke hadapan. Isu-isu yang boleh kita selesaikan, kita cuba selesaikan sebaik mungkin... Ini adalah antara isu angkara pertembungan politik sebelum ini.
"Apa yang penting, kerajaan hari ini adalah satu kerajaan yang merentasi pelbagai gabungan dan parti politik. Kita hendak kurangkan perbezaan dan perbanyakkan persamaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama Lembaga Pemegang Amanah TAR UMT di sini hari ini.
Pada majlis itu, Loke yang mewakili kerajaan menyerahkan surat kelulusan dan replika cek kepada pihak TAR UMT dan peruntukan itu dijangka dipindahkan kepada pihak pengurusan universiti esok.
Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TAR UMT, Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim, bekas Presiden MCA Tan Sri Liow Tiong Lai dan bekas Timbalan Presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.
Wee turut menyifatkan kelulusan itu sebagai 'angpau' tahun baharu kepada universiti tersebut dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mementingkan agenda pembangunan pendidikan tanpa mengira fahaman politik.
Katanya sehingga 2022, TAR UMT telah menerima dana sebanyak RM1.5 bilion melalui geran tahunan yang dihadkan kepada RM60 juta setahun.
Pada 2019, geran padanan itu yang dahulunya diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional telah dihentikan manakala geran pembangunan juga dikurangkan kepada hanya RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Anthony Loke berkata Kerajaan Perpaduan enggan memanjangkan polemik yang berkait dengan TAR UMT hanya disebabkan hubungan IPTS itu dengan MCA sebaliknya akan meneruskan sokongan dan pendanaan kepada universiti tersebut. - BERNAMA
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Dasar Buku Negara diteliti semula - Fadhlina
Elemen penting antaranya berkaitan pembudayaan membaca, penerbitan dan pembukuan tidak pernah disemak sejak diperkenalkan 39 tahun lepas.
Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen - Fadillah
Beliau berkata perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
KPM lulus RM6 juta bina bangunan sementara SK Perigi Acheh
Kementerian Pendidikan luluskan peruntukan RM6 juta bagi pembinaan bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh, Pasir Gudang.