KUALA TERENGGANU: Kerajaan meluluskan peruntukan RM1.7 bilion bagi projek melebarkan Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya pada musim perayaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata, selain melebarkan jalan, projek itu juga membabitkan pembinaan sebuah lagi terowong baharu.
Katanya pembinaan projek berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada Julai ini dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Kita tahu trafik sangat berat ke Pantai Timur, lebih kurang dua juta pengunjung (kenderaan)... maknanya kalau empat orang satu kereta... dah berapa dari dua juta tersebut nak balik Terengganu dan Kelantan.
"Dan apa yang kita laksanakan... kita baru lulus RM1.7 bilion kewangan... (projek) nak melebarkan semula highway Karak daripada lorong yang ada... menambahkan lorong dan bermula pada julai ini... dan kita akan tambah satu terowong," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu pada Ahad.
Abdul Rahman percaya projek pelebaran serta penambahan terowong itu dapat mengurangkan beban pengguna yang terpaksa berdepan kesesakan di lebuh raya berkenaan selepas ini.
Jelasnya lagi, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat pada masa hadapan.
Astro Awani
Sun May 28 2023

Projek pelebaran jalan dan pembinaan terowong berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada Julai ini dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan. - Gambar fail

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

CIDB diarah anjur program khas tangani isu reka bentuk dalaman tidak memuaskan
Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan CIDB supaya mengadakan program khas kepada pemain industri bagi menangani isu reka bentuk dalaman kediaman yang tidak memuaskan pelanggan.

Belanjawan 2024: KKR tidak akan tutup permohonan lesen baharu kepada kontraktor
KKR tidak akan menutup atau menghentikan pemberian lesen baharu kepada kontraktor termasuk G1 walaupun wujud dakwaan terlalu banyak pesaingan dalam industri pembinaan ketika ini.

Jalan Bakun: Lapor lori bawa lebih muatan guna MYJalan
Penduduk setempat dan pengguna Jalan Simpang Bakun-Empangan Bakun (FT803) diminta untuk melaporkan tindakan mana-mana pemandu lori yang membawa muatan berlebihan menggunakan laluan tersebut.

KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas.

KKR, MIPD mulakan jelajah Pan Borneo dari Kuching ke Miri tinjau lebuh raya
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) hari ini memulakan jelajah Pan Borneo.

PRN: Tiada 'kerja jalan' hari mengundi bagi pastikan aliran trafik lancar
KKR akan memastikan tiada gangguan aliran trafik berlaku di lebuh raya akibat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri

KKR naik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya
KKR akan laksanakan program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di seluruh negara dengan siling peruntukan RM241.5 juta.

KKR selesai isu jalan terputus akibat banjir di Chukai
Masalah jalan terputus sering dihadapi penduduk akibat banjir berjaya diselesaikan setelah projek naik taraf jalan Persekutuan menghubungkan Chukai ke Air Putih siap sepenuhnya April lepas.

Syarikat utiliti jangan ambil mudah kerja turap semula jalan raya
Syarikat utiliti digesa untuk tidak mengambil mudah terhadap kerja baik pulih melibatkan penurapan dan tampalan semula permukaan jalan raya.

KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak yang dijangka bermula tahun ini.