KUALA LUMPUR:Kerajaan melalui Pakej BantuanPerlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah meluluskan pengambilan 3,500 petugas kesihatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.
“Melalui peruntukan dana tambahan RM3.25 bilion melalui Pakej Bantuan PERMAI bagi tahun 2021 untuk menangani wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan juga telah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah seramai 11,280 petugas kesihatan bagi usaha menangani pandemik COVID-19 dan mengekalkan mutu perkhidmatan.
“Yang sama penting adalah untuk memelihara kebajikan para kakitangan barisan hadapan,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-40 dalam laman Facebook beliau pada Rabu.
Tambah beliau, Belanjawan 2021 juga telah memperuntukkan RM1 bilion bagi penyediaan dana tambahan yang tertumpu kepada bekalan seperti tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan.
“Kita harapkan dengan adanya pertambahan saringan, berikutan arahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan kepada pekerja mereka.
“Maka dapatlah kita mengenal pasti mereka yang bergejala dengan lebih pantas dan pengasingan dapat dilakukan dengan segera untuk mengekang penularan wabak,” ujarnya.
Menurutnya, meskipun majikan perlu menanggung kos saringan COVID-19, melalui Pakej Bantuan PERMAI mereka akan mendapat potongan cukai berganda bagi kos tersebut manakala PERKESO akan menampung kos saringan pekerja asing di zon merah.
“Insentif pengecualian cukai ini turut dinikmati oleh individu yang mengeluarkan perbelanjaan bagi melakukan saringan COVID-19,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Feb 10 2021
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kementerian Kesihatan juga telah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah seramai 11,280 petugas kesihatan. - Gambar BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sukuk Kelestarian Malaysia dilanggan 6.4 kali, pelabur yakin
Kedua-dua tranche tersebut telah mendapat penarafan A3 oleh Moody's Investors Service dan A- oleh S&P Global Ratings.
Kementerian Kewangan sambut baik kerjasama Malaysia-Indonesia - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan gelembung perjalanan bagi merancakkan ekonomi Malaysia dan Indonesia.
Kerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.
160,000 pekerjaan baru bakal diwujudkan tahun ini - Zafrul
Majlis Pekerjaan Negara melaporkan lebih daripada 160,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan bagi tahun 2021 melalui pelaburan komited.
Pelaksanaan pakej rangsangan beri kesan positif kepada ekonomi negara - Zafrul
Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang cepat, tepat dan bersasar telah memberi impak positif kepada ekonomi negara.
Geran Yayasan Hasanah beri manfaat kepada lebih 100,000 individu - Zafrul
Geran yang diberikan untuk membantu golongan B40, komuniti Orang Asli, OKU dan berkeperluan khas terutamanya yang terkesan COVID-19.
Skim pembiayaan pelancongan bantu lonjakkan perniagaan - Zafrul
Sektor pelancongan menjadi sumber pendapatan kepada lebih 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan.
30,000 pemandu bas sekolah bakal terima bantuan tunai
Zafrul menjelaskan bantuan tunai kepada pemandu bas sekolah ini merupakan tiga perincian utama matlamat Pakej Prihatin.
COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu individu, PKS terjejas - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz menerusi satu kenyataan pada Khamis, berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang telah menjejaskan golongan tersebut.
Sultan Abdullah sering bertanya khabar rakan - Tengku Zafrul
Perasaan gementar itu bagaimanapun hilang dengan keramahan Sultan Abdullah, sekali gus mewujudkan suasana mesra dan ceria.