MALAYSIA
Kerajaan Malaysia tidak campur tangan kes Riza Chalid - PM Anwar

Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan beliau tidak campur tangan dalam urusan undang-undang yang melibatkan Mohammad Riza Chalid. - Foto Instagram Presiden Republik Indonesia
JAKARTA : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau mengenali dan pernah bertemu dengan ahli perniagaan kontroversi Indonesia, Mohammad Riza Chalid, namun menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak campur tangan dalam sebarang proses undang-undang membabitkan individu itu di Indonesia.
Ringkasan AI
- Anwar kenal Riza Chalid tapi kekal neutral: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenali ahli perniagaan kontroversi Indonesia itu, namun menegaskan kerajaan Malaysia tidak campur tangan dalam proses undang-undang di Indonesia.
- Riza kini buruan dalam kes rasuah Pertamina: Riza Chalid ditetapkan sebagai suspek dalam skandal minyak mentah PT Pertamina dan disenaraikan sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia.
- Didakwa menetap di Malaysia & disiasat: Pihak Indonesia dakwa Riza tinggal di Johor dan telah berkahwin dengan kerabat diraja; kerjasama sedang dijalankan dengan Imigresen Malaysia untuk mengesan lokasi beliau.
Menurut Boyamin, Riza dipercayai telah lama tinggal di negeri Johor dan didakwa telah berkahwin dengan seorang kerabat diraja dari salah sebuah negeri di Malaysia, yang dikenal pasti bermula dengan huruf ‘J’ atau ‘K’.
Boyamin juga mendakwa Riza mempunyai hubungan persahabatan yang rapat dengan Anwar sejak sebelum Ahli Parlimen Tambun itu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Maklumat keberadaan Riza di Malaysia turut disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Pemangku Ketua Pengarah Imigrasi, Yuldi Yusman mengesahkan Riza telah meninggalkan Indonesia dan memasuki Malaysia pada 6 Februari 2025, dan sehingga kini belum kembali.
“Sejak keluar dari Indonesia, beliau tidak pernah masuk semula ke negara ini,” kata Yuldi ketika dihubungi Tempo pada 16 Julai lalu.
Tambahnya lagi, pihak Imigrasi Indonesia telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk mengesan lokasi semasa Riza.
Riza merupakan antara sembilan individu yang diumumkan sebagai suspek baharu dalam skandal rasuah minyak mentah Pertamina oleh Jabatan Peguam Negara (Kejagung) Indonesia, pada 10 Julai 2025.
Menurut Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas Kejagung, Abdul Qohar, Riza kini dalam status buruan dan telah dimasukkan ke dalam senarai orang dikehendaki (DPO).
“Beliau merupakan pemilik sebenar (beneficial owner) kepada syarikat PT Orbit Terminal Merak. Setakat ini, kami percaya beliau berada di luar negara,” kata Qohar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami