awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih kaji mekanisme berkesan agih bantuan, subsidi - Kementerian Ekonomi

Bernama
Bernama
30/11/2023
22:15 MYT
Kerajaan masih kaji mekanisme berkesan agih bantuan, subsidi - Kementerian Ekonomi
Antara kaedah itu termasuk pengagihan menerusi e-baucar, e-dompet atau penyaluran tunai secara terus melalui akaun bank. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih di peringkat mengkaji mekanisme bagi pengagihan bantuan dan subsidi secara paling berkesan serta mudah kepada rakyat, kata Kementerian Ekonomi.
Antara kaedah itu termasuk pengagihan menerusi e-baucar, e-dompet atau penyaluran tunai secara terus melalui akaun bank.
"Sebagai contoh, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah secara tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima manakala skim-skim bantuan terpilih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menggunakan e-dompet.
"Bagaimanapun, penyaluran bantuan secara tunai masih perlu dipertimbangkan untuk penerima di kawasan luar bandar yang berdepan kesukaran capaian rangkaian telekomunikasi.
"Oleh itu, mekanisme ini perlu diteliti dengan lebih lanjut bagi memastikan agihan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan memudahkan penerima," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Tuan Azli Yusof (PH-Shah Alam) sama ada kerajaan berhasrat memperkenalkan sistem e-dompet secara menyeluruh untuk menggantikan bantuan tunai dalam pelaksanaan bantuan subsidi bersasar kepada golongan yang memerlukan barangan asas.
Menjelaskan selanjutnya, kementerian berkata selaras dengan langkah ke arah pendigitalan ekonomi, pelaksanaan ekosistem tanpa tunai seperti e-dompet juga dapat menggalakkan masyarakat untuk menggunapakai teknologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kaji mekanisme
#agih bantuan
#subsidi
#Kementerian Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan