awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan naikkan kadar maksimum cuti rehat GCR 160 ke 180 hari

Fareez Azman
Fareez Azman
30/08/2022
03:11 MYT
Kerajaan naikkan kadar maksimum cuti rehat GCR 160 ke 180 hari
Ismail Sabri berkata kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka.
“Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.
“Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,” jelasnya.
Selain kadar maksimum GCR, Perdana Menteri turut mengumumkan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian bagi penjawat awam.
"Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja.
"Penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam," jelasnya lagi.
Pengumuman itu dibuat ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#penjawat awam
#Perdana Menteri
#GCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan