Pemandu e-hailing cabul penumpang dibebaskan dengan jaminan polis, kes dirujuk D5 Bukit Aman

Pemandu e-panggilan (e-hailing) yang direman minggu lepas bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang wanita warga Vietnam di dalam kenderaan yang digunakan suspek tersebut, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
JOHOR BAHRU: Pemandu e-panggilan (e-hailing) yang direman minggu lepas bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang wanita warga Vietnam di dalam kenderaan yang digunakan suspek tersebut, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Ringkasan AI
- Pemandu e-hailing yang direman minggu lepas dalam kes cabul wanita Vietnam dibebaskan hari ini dengan jaminan polis, sementara siasatan lanjut dijalankan.
- Suspek merupakan seorang penjawat awam dan pembebasannya dibuat sementara menunggu keputusan siasatan lanjut oleh Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memerintahkan JPJ membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden gangguan seksual, tindakan ini berikutan kejadian tersebut.
"Suspek merupakan seorang penjawat awam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sementara menunggu keputusan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ab Rahaman dilaporkan berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur 26 tahun di sini pada 4 Feb lepas, selain turut merampas dua telefon bimbit serta sebuah kereta jenis Perodua Bezza bersama dengan kunci dan alat kawalan jauh.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada 4 Feb lepas, selain rakaman video berkaitan kejadian itu dikesan tular menerusi media sosial sejak 2 Feb.
Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Kes tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang memaklumkan pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PS) pemandu e-panggilan yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


