awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri bekerja keras tangani isu bekalan air dan elektrik Sabah - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
19/05/2023
12:38 MYT
Kerajaan negeri bekerja keras tangani isu bekalan air dan elektrik Sabah - Ketua Menteri
Hajiji berkata isu berkaitan bekalan air dan tenaga elektrik adalah isu-isu yang diwarisi sebelum ini, dan kerajaan negeri semasa, sedang mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah mengambil pelbagai langkah, termasuk menyediakan pelan kecemasan bagi menangani isu-isu berkaitan pembekalan air dan tenaga elektrik, yang memberi kesan kepada kemaslahatan Sabah.
Beliau berkata isu berkaitan bekalan air dan tenaga elektrik adalah isu-isu yang diwarisi sebelum ini, dan kerajaan negeri semasa, sedang mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.
"Pagi ini saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Mohd Yaakob Jaafar untuk memberi taklimat kepada saya mengenai langkah-langkah segera dan masa depan bagi menangani masalah berkaitan gangguan bekalan elektrik yang menyusahkan ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai isu pembekalan air, katanya beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong untuk mengambil tindakan drastik bagi membetulkan pentadbiran pengurusan air negeri.
"Kita sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini, kerana kita juga serius dalam usaha menarik kehadiran pelabur ke Sabah. Kedua-dua kemudahan ini amat penting kepada pelabur.
"Kita telah menarik pelabur berimpak tinggi untuk menempatkan projek-projek mereka di sini, seperti SK Nexilis, pengeluar kaca solar Kibing, Linaco serta Esteel, dan kita ingin lihat lebih banyak lagi, kita benar-benar serius," katanya.
Hajiji berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelan tindakan bagi memperbetulkan isu-isu berkenaan, dan jaminan serta komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Sabah, beliau yakin penyelesaiannya pasti tiba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SESB
#pelabur
#Pelan Tindakan
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan