KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri perlu diberi lebih banyak autonomi untuk mencorak tadbir urus sumber asli, modal insan dan ekonomi sendiri.
Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Prof. Madya Dr Yusof Saari berkata kebebasan tersebut boleh menjadi pemangkin kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik.
“Sekiranya kita tukar kaedah kita daripada 'top-down' kepada pendekatan 'bottom-up'. Maksudnya, pembangunan itu sendiri, ekonomi, dicorakkan oleh negeri-negeri berkenaan.
"Kerana, mereka yang lebih mengetahui bagaimana tadbir urus negeri, sumber-sumber yang mereka ada, sumber modal insan, memahami peraturan-peraturan, berbanding pentadbiran di peringkat persekutuan atau Putrajaya,” katanya
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI pada Khamis.
Jelasnya, cadangan itu adalah berdasarkan kepada pengalaman UAE yang memberikan autonomi kepada negeri-negeri untuk mewujudkan syarikat penerbangan sendiri seperti Emirates (Dubai), Etihad Airways (Abu Dhabi) dan Air Arabia (Sharjah).
Tambahnya lagi, dengan menggunakan model yang sama, ia diharapkan dapat menjadi penyelesaian kepada isu penangguhan projek mega yang dirancang oleh mana-mana negeri yang sudah melepasi penilaian kebolehlaksanaan, bagi manfaat negeri tersebut.
Namun, Yusof mengakui perubahan sedemikian memerlukan tekad politik yang kuat memandangkan Malaysia masih terperangkap dalam paradoks politik.
“Saya tidak pasti sejauh mana kesanggupan politik kita untuk bergerak ke depan. Kita perlu faham paradoks dasar politik tidak dapat dielakkan dalam konteks Malaysia.
"Maksud saya, dasar yang baik dan merupakan suatu keperluan ekonomi, tetapi demi kelangsungan politik ia tidak dapat dilaksanakan. Contoh paling baik ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.
Irfan Faruqi
Fri Sep 08 2023
Yusof berkata, autonomi negeri boleh menjadi pemangkin kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik. - Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.