KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri yang memberi keutamaan kepada agenda pembangunan ekonomi negeri dan menjayakan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025).
Jelasnya melalui pelan berkenaan akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.
"Usaha segera perlu dipertingkatkan untuk menjayakan beberapa pelaburan yang sedang dalam proses rundingan untuk dibangunkan di Sabah dalam sektor pengilangan komponen bateri untuk kenderaan elektrik, pembuatan kaca, pengurusan pelabuhan dan juga industri aeroangkasa.
"Semua pelaburan ini, sekiranya berjaya direalisasikan ia dapat mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan pulangan pendapatan langsung dan tidak langsung bernilai jutaan ringgit kepada negeri ini secara khususnya.
"Itu yang kita telah rangka dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025)," katanya.
Komitmen itu dinyatakan Hajiji ketika menerima kunjungan hormat rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pejabat Wilayah Sabah, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Hijri Mat Rani, di Kota Kinabalu pada Khamis.
Kunjungan hormat itu disertai agensi di bawah MITI iaitu Pengarah MIDA Sabah, Wong Tiang Sing; Pengarah MATRADE Sabah, Azian Romlan; Pengarah SIRIM Sabah, Rommella Osmand dan Pengarah MIDF Sabah, Sudirman Alwi.
Pada pertemuan tersebut Hajiji turut meminta MITI bekerjasama rapat dengan agensi pelaburan negeri termasuk Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) yang baharu ditubuhkan untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara ke Sabah.
MITI turut membentangkan pencapaian kelulusan pelaburan sektor pengilangan oleh MIDA melalui MITI untuk Sabah iaitu sebanyak RM6.46 bilion bagi 15 projek pada tahun 2019 dan sebanyak RM11.86 bilion bagi 12 projek untuk tahun 2020 (Januari - September)
Manakala prestasi jumlah perdagangan Sabah dengan antarabangsa, Semenanjung dan Sarawak pada tahun lalu (Januari – Oktober 2020) adalah sebanyak RM67.1 bilion iaitu membabitkan nilai eksport sebanyak RM33.9 bilion dan import sebanyak RM33.1 bilion.
“Saya akan memantau usaha semua pihak yang terbabit dalam menarik pelabur ke negeri ini, termasuk meminta laporan dari semasa ke semasa agar apa yang kita rancangkan khususnya untuk membangunkan ekonomi negeri ini dapat direalisasikan.
"Ini kerana kita mahu negeri ini dan rakyatnya menerima manfaat daripada pembangunan ekonomi yang terancang,” katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Jan 22 2021

Hajiji menerima kunjungan hormat rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pejabat Wilayah Sabah, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Hijri Mat Rani, di Kota Kinabalu. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sabah

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus
Turki terus menjadi medan TSG memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero memenangi GP Gundogmus semalam.

PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.

MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST Isnin
Kejadian ribut pada Sabtu merosakkan 105 rumah ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang.

COVID-19: Kes positif hampir cecah 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.7 juta.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

Pameran #MyAPEC2020 pacu perdagangan serantau
Pameran secara maya itu turut memberi manfaat kepada pembeli-pembeli asing di mana mereka boleh menjimatkan perbelanjaan seperti kos perjalanan dan penginapan selain menjimatkan masa.

Eksport sarung tangan getah Malaysia meningkat bagi Januari-Julai 2020 - MITI
Ini merupakan peluang baik untuk negara memperkukuhkan jenama dan keyakinan terhadap produk Malaysia di peringkat antarabangsa.

MITI lancar pameran maya #MyAPEC2020
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan pameran #MyAPEC2020 yang bakal dilaksanakan secara maya.

MITI: 141 projek berpotensi pelaburan RM72.6 bilion di Malaysia
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengunjurkan pelaburan itu adalah untuk tempoh sehingga tahun 2021.

Konfilk perdagangan AS-China tidak beri impak besar terhadap prestasi perdagangan Malaysia
Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China yang bermula sejak awal 2018 tidak memberikan impak yang besar terhadap prestasi perdagangan Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut.

Elak sengketa politik, utamakan usaha bina semula ekonomi negara
Kejatuhan harga minyak dan komoditi dalam pasaran dunia dijangka menekan dan menyesakkan nafas ekonomi Malaysia sekali gus akan mengurangkan kuasa beli rakyat.

Industri digesa fikir, rangka dan jana semula dalam normal baharu - Azmin
Bagi kebanyakan perusahaan yang dilanda krisis ini, kelangsungan perniagaan menjadi tumpuan utama dan dalam jangka masa panjang penting untuk perniagaan kekal mampan.

#MyAPEC2020: Pameran antarabangsa Kemakmuran Bersama bersatu di pentas APEC
Pada pameran antarabangsa yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu, terdapat tiga komponen utama iaitu fizikal, maya dan padanan perniagaan.

Penganjuran MIHAS 2020 dijadual semula pada 1-4 Sept
Penganjuran MIHAS 2020 telah dijadualkan semula pada 1-4 Sept, 2020, daripada 1-4 April, 2020, sebagai langkah untuk melindungi kesihatan dan keselamatan peserta and pempamer akibat COVID-19.