awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan NS tunggu masa 'lawan' keputusan lelaki boleh berpakaian wanita

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2015
09:13 MYT
Kerajaan NS tunggu masa 'lawan' keputusan lelaki boleh berpakaian wanita
Kerajaan Negeri Sembilan tunggu masa 'lawan' keputusan lelaki boleh berpakaian wanita. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Sembilan akan 'berjuang' habis-habisan untuk memastikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan lelaki transgender berpakaian wanita dibawa ke peringkat tertinggi kehakiman negara.
Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, mereka juga sedang menunggu tarikh susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan tiga lelaki yang sabit tuduhan berpakaian wanita.
"Masih hendak lawan di peringkat lebih tinggi, sehingga kini masih tiada maklumat tambahan; masih menunggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
November tahun lepas, panel tiga hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan bahawa Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 bertentangan dengan Artikel 5, 8, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah seksyen tersebut, adalah menjadi satu kesalahan bagi golongan lelaki beragama Islam untuk memakai dan berkelakuan seperti wanita.
Keputusan yang tidak menyebelahi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu sekali gus menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan 'tidak senang duduk' dan memberitahu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin berhubung keputusan itu.
Mohamad turut menjelaskan, kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, namun berpendapat kes itu perlu didengari semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) itu perlu dilihat dari segi aspek agama dan bukannya aspek-aspek yang lain.
"Jadi, kita akan tekankan di situ bahawa ini adalah hukum yang terbitnya dari sumber agama. Jadi, saya akan failkan secepat mungkin dan saya akan membawa juga MAINS sebagai pencelah.
"Saya harap semua majlis agama Islam di negeri-negeri yang lain akan bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kita," katanya sepertimana dilaporkan di dalam sebuah portal.
Kata Mohamad, kes ini amat penting dan jika tidak ditangani dengan baik ia akan membuka suatu keadaan yang mana akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara ini.
Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan enakmen syariah itu tidak boleh dipakai memandangkan perayu mengalami Gender Identity Disorder (GID) yang menyebabkan mereka berpakaian seperti wanita.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki.
Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang pernah beberapa kali ditahan kerana melanggar enakmen negeri itu akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Enakmen Syariah di Negeri Sembilan itu tidak berperlembagaan.
Mereka turut menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, bahagian Hal Ehwal Islam dan pengarah kerajaan Negeri Sembilan dan ketua pendakwa raya dan ketua penguatkuasa Syariah sebagai pihak responden.
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Perlembagaan Persekutuan
#syariah
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan