awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM sasar penambahan 350 kelas prasekolah tahun depan

Bernama
Bernama
06/12/2025
09:00 MYT
KPM sasar penambahan 350 kelas prasekolah tahun depan
Mohd Azam ketika berucap pada sesi Forum Memperkukuh Sektor Kesihatan Pendidikan dan Kemiskinan sempena Majlis Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan 350 kelas prasekolah dibuka pada 2026 bagi memperkasakan aspek pendidikan awal kanak-kanak di negara ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan (KPM) sasar buka 350 kelas prasekolah pada 2026 untuk perkuatkan pendidikan awal kanak-kanak, tambah jumlah keseluruhan kelas kepada hampir 10,500 dari lebih 10,100 kini.
  • Panelis pada forum Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, termasuk Mohd Azam Ahmad, tekankan kepentingan akses pendidikan berkualiti bagi anak-anak serta penekanan pada penyelenggaraan sekolah daif dengan 41 sekolah dibaiki pada 2024 dan 43 lagi pada tahun ini.
  • Muhammad Shazril menyeru rakyat Malaysia memberi perhatian kepada kesihatan sebagai pelaburan nasional, kerana ia mempengaruhi negara, ekonomi, dan pendidikan serta menyatakan kesihatan adalah asas utama dalam kehidupan.

Beliau berkata penambahan kelas berkenaan akan menjadikan jumlah keseluruhan kelas prasekolah meningkat kepada hampir 10,500 di seluruh negara berbanding lebih 10,100 yang ada ketika ini.
"Pendidikan penting untuk kita berikan kepada anak-anak kita. Akses pendidikan yang berkualiti akhirnya membolehkan mereka pergi lebih jauh (dalam hidup)," katanya ketika menjadi panel forum pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 sempena program Rancakkan MADANI di sini hari ini.
Panelis lain dalam forum yang membincangkan peranan sektor kesihatan dan pendidikan dalam menangani kemiskinan termasuk pakar ekonomi Bank Dunia Dr Ririn Salwa Purnamasari dan pempengaruh media sosial bidang kesihatan Dr Muhammad Shazril Shaharuddin.
Mohd Azam berkata aspek penyelenggaraan sekolah daif turut menjadi tumpuan dengan 41 buah sekolah diselenggara pada 2024 manakala 43 lagi, tahun ini.
Sementara itu, Dr Muhammad Shazril menyeru rakyat Malaysia memberikan perhatian kepada aspek kesihatan kerana ia merupakan pelaburan nasional.
"Kurangnya kesedaran akan beri bebanan kepada sektor kesihatan. Apabila kita jaga kesihatan ia beri impak kepada negara, ekonomi dan pendidikan.
"Rakyat jika ingin maju kena tahu sihat bukan pilihan tetapi adalah asas utama dalam hidup," katanya.
Program Rancakkan MADANI selama tiga hari bermula hari ini, menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan pada 11 pagi esok.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#kelas prasekolah
#pendidikan awal kanak-kanak
#Mohd Azam Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan